Monday, November 3, 2014

Buah cermai



Rasanya ramai yang tak kenal buah cermai. Orang yang duduk bandar memang susah nak jumpa. Tapi yang duduk kampung pun belum tentu semua kenal.

Cermai merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan. Buah cermai ni biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk. Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi.

Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih yang keras di tengah-tengahnya.

No comments: