Sunday, November 30, 2014

Kopi Radix Kacip Fatimah, Habbatus sauda & Halia


HPA baru saja memasarkan tiga produk baru yang pastinya akan mendapat sambutan hangat dari para penggemar kopi radix: Kopi Radix Kacip Fatimah, Kopi Radix Habbatus sauda & Kopi Radix Halia. Umum semua sudah tahu khasiat dan kebaikan Kopi Radix, antaranya melancarkan sistem perkumuhan dan meningkatkan tenaga dalam bekerja. Tambahan sinergi kacip fatimah, habbatus sauda dan halia tentunya akan memberi khasiat yang berlipat ganda untuk para peminum kopi radix semua. Selamat menjamu kopi radix pilihan anda. Mai secawan..! :)

Wednesday, November 5, 2014

Jangan masuk perangkap Skim Cepat Kaya


Peringatan untuk diri sendiri..if it is too good to be true..it is too good to be true.

Dalam keghairahan kita untuk mencari alternatif menambahkan sumber pendapatan isi rumah, janganlah kita mudah terjebak dengan perangkap skim cepat kaya.
Khabarnya Zhang Jian yang pernah meletakkan billboard mendakwa bakal orang terkaya di dunia kini ditahan di Thailand atas dakwaan melakukan penipuan. Dia juga dikehendaki pihak berkuasa China dan Malaysia.

Monday, November 3, 2014

Buah cermai



Rasanya ramai yang tak kenal buah cermai. Orang yang duduk bandar memang susah nak jumpa. Tapi yang duduk kampung pun belum tentu semua kenal.

Cermai merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan. Buah cermai ni biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk. Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi.

Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih yang keras di tengah-tengahnya.