Monday, September 29, 2014

Cerita Taman Rimba Kenong


Kosmo 28 September 2014

Kita sering dimomokkan di akhbar perdana dan kaca tv yang kita sering merasa bertuah dapat menetap di sebuah negara yang dilimpahi hutan hujan tropika yang usianya mencecah jutaan tahun.
Tapi sedarkah kita yang kawasan hutan kita semakin hari semakin mengecil dek tangan-tangan manusia yang tamak haloba?

Tak ramai yang tahu apa kan jadi beberapa tahun akan datang bila banyak kawasan hutan digondolkan oleh tokey-tokey balak, emas dan mungkin juga ladang kelapa sawit.
Kita mungkin akan hanya mampu bercerita tentang herba tongkat ali, misai kucing, kacip fatimah, hempedu bumi, temulawak, dukung anak tanpa dapat melihat kewujudannya di kawasan hutan.

Kudos pada rakan-rakan di dunia maya yang mengutarakan isu ini tanpa henti. Akhbar Kosmo semalam memilih "Hutan Kenong Gondol Kerana Emas" sebagai berita di muka depan. Kepada Encik Mohd Hassan Tuah, semoga kempen anda dan rakan-rakan diberi kejayaan dan hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

No comments: