Sunday, November 30, 2014

Kopi Radix Kacip Fatimah, Habbatus sauda & Halia


HPA baru saja memasarkan tiga produk baru yang pastinya akan mendapat sambutan hangat dari para penggemar kopi radix: Kopi Radix Kacip Fatimah, Kopi Radix Habbatus sauda & Kopi Radix Halia. Umum semua sudah tahu khasiat dan kebaikan Kopi Radix, antaranya melancarkan sistem perkumuhan dan meningkatkan tenaga dalam bekerja. Tambahan sinergi kacip fatimah, habbatus sauda dan halia tentunya akan memberi khasiat yang berlipat ganda untuk para peminum kopi radix semua. Selamat menjamu kopi radix pilihan anda. Mai secawan..! :)

Wednesday, November 5, 2014

Jangan masuk perangkap Skim Cepat Kaya


Peringatan untuk diri sendiri..if it is too good to be true..it is too good to be true.

Dalam keghairahan kita untuk mencari alternatif menambahkan sumber pendapatan isi rumah, janganlah kita mudah terjebak dengan perangkap skim cepat kaya.
Khabarnya Zhang Jian yang pernah meletakkan billboard mendakwa bakal orang terkaya di dunia kini ditahan di Thailand atas dakwaan melakukan penipuan. Dia juga dikehendaki pihak berkuasa China dan Malaysia.

Monday, November 3, 2014

Buah cermai



Rasanya ramai yang tak kenal buah cermai. Orang yang duduk bandar memang susah nak jumpa. Tapi yang duduk kampung pun belum tentu semua kenal.

Cermai merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan. Buah cermai ni biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk. Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi.

Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih yang keras di tengah-tengahnya.

Thursday, October 30, 2014

Hidu gam lebih teruk dari hisap dadah?



Dikatakan kesan hidu gam adalah lebih teruk dari menghisap dadah. Penghidu gam berdepan dengan risiko penyakit mental selain beberapa penyakit kronik lain sakit jantung, kanser hati dan kerosakan buah pinggang.

Tuesday, October 28, 2014

Hati-hati wabak ebola



Wabak ebola yang bermula di sebahagian negara Afrika kini mula menular ke Eropah dan Amerika. Dan seluruh dunia kini mula berjaga2 utk menghadapi wabak penyakit ebola ini. Dikatakan sehingga kini penyakit ebola ini masih belum ada penawarnya. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri sendiri agar tidak mudah dihinggapi sebarang penyakit.

Friday, October 10, 2014

Selamat berTempur


Apa mesej pengeluar ini menamakan produknya sebagai Tempur? :) Katanya tilam jenis Tempur ni antara yang terbaik, maknanya premium brand.

Cancer

In memory to my mother, who passed away on March 2008 due to cancer...Alfatihah.

Monday, October 6, 2014

Salam Aidil Adha

Kepada semua pengunjung sekalian, juga pengguna herba, penulis mengucapkan selamat menyambut aidil adha dengan penuh keinsafan.

Friday, October 3, 2014

Kisah Dua Puluh Sen (Minyak naik harga lagi)


Disebabkan pengumuman kenaikan harga minyak pada hari Rabu 1 Oktober yang lalu, macam-macam komen yg boleh kita dengar dan ikuti di alam cyber. Ada yang neutral, ada yang menghentam dan ada yang menyokong langkah kerajaan itu. Mahu tak mahu, hidup perlu diteruskan dan kita perlu meng'adjust' belanja harian untuk menyesuaikan diri.
Teorinya mudah. Sama ada kita kurangkan belanja, atau tambah pendapatan sampingan. 
Satu cara menambah pendapatan sampingan adalah dengan menyertai program berbentuk 'referral'.
Apa itu program referral? Anda boleh dapatkan info lanjut di sini.

Monday, September 29, 2014

Lagi Cerita Hutan Kenong


Muka 3 akhbar Kosmo edisi Ahad 28 September memaparkan isu Hutan Kenong yang diceroboh tokeh emas...

Cerita Taman Rimba Kenong


Kosmo 28 September 2014

Kita sering dimomokkan di akhbar perdana dan kaca tv yang kita sering merasa bertuah dapat menetap di sebuah negara yang dilimpahi hutan hujan tropika yang usianya mencecah jutaan tahun.
Tapi sedarkah kita yang kawasan hutan kita semakin hari semakin mengecil dek tangan-tangan manusia yang tamak haloba?

Tak ramai yang tahu apa kan jadi beberapa tahun akan datang bila banyak kawasan hutan digondolkan oleh tokey-tokey balak, emas dan mungkin juga ladang kelapa sawit.
Kita mungkin akan hanya mampu bercerita tentang herba tongkat ali, misai kucing, kacip fatimah, hempedu bumi, temulawak, dukung anak tanpa dapat melihat kewujudannya di kawasan hutan.

Kudos pada rakan-rakan di dunia maya yang mengutarakan isu ini tanpa henti. Akhbar Kosmo semalam memilih "Hutan Kenong Gondol Kerana Emas" sebagai berita di muka depan. Kepada Encik Mohd Hassan Tuah, semoga kempen anda dan rakan-rakan diberi kejayaan dan hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Thursday, September 25, 2014

Khasiat Daun Pandan


Pandanus amaryllifolius 

Dipetik dari Bernama Radio24

Khasiat Daun Pandan
1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
3. Melembutkan Daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
4. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
5. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari
Selamat mencuba...

Tak suka carik orang?