Saturday, March 31, 2012

Ujian tekanan darah

Artikel Mingguan Malaysia berkenaan tekanan darah memang menarik.Antara lain ia menyentuh mengenai ujian tekanan darah yang dilakukan dengan mengambil dua ukuran bacaan: sistolik dan diastolik.

Sistolik adalah bacaan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung.
Diastolik pula adalah bacaan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
Bacaan ideal atau normal ialah 120/80 mmHg.

Orang yang mengalami bacaan tekanan yang tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan (melebihi 140/90 mmHg semasa berehat) dikatakan mengalami masalah darah tinggi.

Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak pula ia dikatakan sebagai acute change. Biasanya golongan tua sering mengalami tekanan darah rendah disebabkan oleh kerosakan sistem saraf autoimun atau Autoimmune Nervous System.


Jika anda menetap berhampiran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, anda berpeluang melakukan ujian kesihatan secara percuma di situ. MOSTI atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini sedang giat mendapatkan peserta untuk Projek Kohort Malaysia di mana anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan untuk mereka. Kesemua peserta diminta menjawab soal selidik, menderma spesimen darah dan air kencing dan juga berpeluang melakukan saringan kesihatan berikut secara percuma:
-pemeriksaan tekanan darah
-ujian fungsi jantung
-ujian fungsi paru-paru
-ujian fungsi buah pinggang
-pemeriksaan darah
-analisis komposisi badan
-pengukuran indeks jisim tubuh, ukurlilit pinggang dan pinggul.

No comments: