Wednesday, March 21, 2012

Rahsia Sihat Ungku Aziz

Ungku Aziz telah menjangkau usia 90 tahun tetapi masih tetap sihat fizikal dan mental. Apakah rahsia Pak Ungku mengekalkan tahap kesihatannya sehingga hari ini?

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia keluaran 19 Februari 2012, Pak Ungku memberitahu, "rahsia saya yang sebenar adalah makan bawang besar secara mentah-mentah. Tukang masak saya akan pastikan benda ini setiap hari. Selain itu saya juga menggemari sayur ulam seperti ulam raja, salad dan juga petai."

Hm..makan bawang besar secara mentah-mentah. Itu antara rahsianya.

Ada kajian mengatakan memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.

Selain itu bawang putih (garlic) juga mempunyai beberapa khasiat yang hampir serupa, antaranya:
-Merawat selesema, asma dan batuk.
-Menambah dan mengawal selera makan.
-Sebagai antibiotik / antivirus yang berkesan.
-Mengecutkan ketumbuhan.
-Menurunkan kolesterol.

No comments: