Thursday, August 23, 2012

Temujanji guna iPhone


Sime Darby Medical Centre (SDMC) telah melancarkan aplikasi telefon pintar membolehkan pengguna berhubung dan menetapkan temu janji dengan doktor menerusi iPhone.

Aplikasi Pusat Perubatan Sime Darby yang disediakan secara percuma ini boleh dipindah turun di iTunes. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sime Darby, Elaine PY Cheong berkata, mereka akan membuat lebih banyak pelaburan terhadap teknologi mudah alih dan web bagi memperbaiki hubungan dengan pesakit dan pengguna. Aplikasi ini dibangunkan oleh Medeguide Holdings Limites dan dilengkapi dengan senarai lebih 180 doktor khusus dalam pelbagai bidang perubatan.

Wednesday, August 22, 2012

Trend Meletak Anak Patung Di Bumper Kereta



KUALA LUMPUR: “Perbuatan menggantung anak patung di bampar kereta jika dilakukan umat Islam adalah amalan sesat yang menjurus kepada syirik kerana ia meniru perbuatan orang kafir kononnya mampu mengelak roh mengganggu mereka dan mengakibatkan kemalangan,” kata penceramah dan pendakwah, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan segelintir pemandu beragama Islam yang sesuka hati menggantung anak patung di bawah kenderaan mereka tanpa mengetahui ia sebenarnya amalan pemandu di Thailand untuk menghalau roh jahat.

Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir pemandu menggantung pelbagai anak patung lembut berwarna-warni termasuk daripada karakter popular di bampar kereta dan perbuatan itu kini dianggap sebagai gaya menarik untuk mencantikkan kenderaan masing-masing.

Menurut maklumat dalam laman web thailandguru.com, perbuatan meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand kerana mereka percaya roh orang yang maut akibat kemalangan akan berkeliaran di kawasan mereka mati. Oleh itu, bagi mengelakkan roh terbabit terutama roh kanak-kanak mengganggu pemandu dan mengakibatkan kemalangan mendorong mereka menggantung anak patung pada bampar kereta. Ini kononnya dapat memperdaya roh itu yang akan leka bermain dengan anak patung berkenaan.

Trend ini kemudian dibawa oleh pemandu teksi Thai supaya roh mangsa kemalangan tidak mengganggu penumpang mereka. Kepercayaan terbabit dipercayai berasal dari Korea sebelum dimulakan di Thailand pada pertengahan 2007.

Menurut Mohd Zawawi, meniru budaya asing tanpa mengetahui latar belakang perbuatan itu sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran dan perkara itu bukan sahaja menjejaskan akhlak, malah keimanan mereka juga.

Berita penuh di sini.

Tuesday, July 31, 2012

Krisis tempe di Indonesia


Mingguan Malaysia melaporkan Indonesia sedang kecoh kerana bekalan tempe dan tauhu sukar diperoleh di pasar. Mungkin ada manipulasi, mungkin disebabkan kekurangan bahan mentah, atau mungkin penjual sengaja menyorokkan bekalan untuk menaikkan harga.


Saturday, July 28, 2012

As Time Goes By


Play it once, Sam. For old times' sake...
Play it, Sam. Play "As Time Goes By."

Life after death on Facebook

 
To deactivate or not?
 
What would happen to our own Facebook account when we pass on? The article from NST on 26th July suggested that cyber accounts should be cancelled when someone died. The author gave an example where one of her friend just received a torrent of birthday messages on his FB wall, a month after his departure from this world. Many might not have a thought on our virtual life after death. 

For example: pictures, graphics, videos, emails, status updates, comments, opinions, observations, reviews, music and personal data on Facebook, Gmail, Blogger, YouTube, Flickr, Twitter, Tumblr etc. What will happen to these "possessions" when we die? Do we give our loved ones the access to our accounts while we are alive? Or do we put the passwords down in our will?

Monday, July 23, 2012

Buffalo Whisperer

..Dia juga, dengan izin, seorang “buffalo whisperer” - pembisik kerbau - yang hebat. Dia boleh memerintah kerbau yang membantunya di bendang untuk berjalan, berhenti, pusing kanan dan kiri. Terima kasih ayah, moga-moga rohmu sentiasa dirahmati.
-Datuk A Kadir Jasin (The Scribe)

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan
Selamat menunaikan ibadah puasa
Semoga amalam kita akan diterima dan diberkati olehNya

Tuesday, July 17, 2012

Law Kana Bainana


Cinta Rasul, Penyuluh Seluruh Alam.
Credit goes to TV Al-Hijrah, Malaysia.

A. Kadir Jasin Tokoh Wartawan Negara 2011


Tulisan Datuk A Kadir Jasin boleh dibaca di blog The Scribe A Kadir Jasin

Petikan dari http://www.mykmu.net

Dilahirkan di Pendang, Kedah pada 23 Ogos 1947, Kadir memulakan kerjaya sebagai wartawan kadet di BERNAMA pada Jun 1969 -tahun yang penuh huru-hara. Ketika itu negara baru sahaja melalui tragedi 13 Mei yang menyaksikan pertumpahan darah antara kaum. Mungkin titik permulaan ini yang menjadikan Kadir seorang wartawan besar kemudiannya.

Membincangkan kekuatan dan ketrampilan Kadir Jasin sebagai tokoh wartawan tidak mungkin lengkap tanpa menyatakan beliaulah penulis pojok terkenal bernama Kunta Kinte yang menulis dalam Beita Harian 1987-1993. Pada ketika zaman kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kunta Kinte merupakan satu-satunya berani menegur Timbalan Perdana Menteri tersebut. Akibatnya pada tahun 1993, kolum Kunta Kinte beliau ditamatkan sungguhpun beliau masih kekal sebagai Ketua Pengarang NST.

Menulis dalam kompilasi buku “Biar Putih Tulang…” Kadir secara jelas menyatakan, “tidak segan silu saya nyatakan bahawa saya pasti terus menulis ruangan ini seandainya tidak diarahkan memberhentikannya walaupun tiada sebarang sebab diberikan.”

Gaya penulisan Kadir yang bersahaja dan berterus-terang menjadikan beliau sebagai seorang pencerita yang sangat menakjubkan ketika zaman kegemilanngan.

Tan Sri A. Samad Ismail pernah menulis bahawa Kunta Kinte @ Kadir Jasin bukan sahaja tegas dan keras mengkritik tetapi juga sangat adil. Suatu ketika beliau membelasah Lim Guan Eng, tetapi apabila Guan Eng digantung keanggotaan Dewan Rakyat selama setahun, beliau mengkritik penganggantungan tersebut sebagai terlalu berat. Ketika beliau mengecam Tunku Abdul Rahman kerana perbezaan pandangan, beliau juga membelasah kerajaan apabila terlalu lambat meluluskan permohonan rawatan Tunku Abdul Rahman ke luar negara.

Kehebatan Kadir ialah kebolehan beliau menulis dalam bahasa yang mudah dan padat seolah-olah dia sedang bercakap dan berbual-bual dengan orang kampung tetapi dalam masa yang sama menyampaikan buah fikiran yang besar mengenai ekonomi, sosial dan politik negara.

Monday, July 16, 2012

Tuesday, April 10, 2012

RFC Shah Alam kini dibuka

Restoran RFC atau Radix Fried Chicken Shah Alam telah pun dibuka secara rasmi pada 22 Februari yang lalu.Restoran ini berada di alamat: No 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7. Landmarknya berdepan dengan padang Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam.

Ia dibuka dari Isnin hingga Khamis dari 10 pagi – 1 pagi.
Hari Jumaat hingga Ahad pula dari 10 pagi – 12 tengah malam.

Saturday, March 31, 2012

Ujian tekanan darah

Artikel Mingguan Malaysia berkenaan tekanan darah memang menarik.Antara lain ia menyentuh mengenai ujian tekanan darah yang dilakukan dengan mengambil dua ukuran bacaan: sistolik dan diastolik.

Sistolik adalah bacaan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung.
Diastolik pula adalah bacaan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
Bacaan ideal atau normal ialah 120/80 mmHg.

Orang yang mengalami bacaan tekanan yang tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan (melebihi 140/90 mmHg semasa berehat) dikatakan mengalami masalah darah tinggi.

Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak pula ia dikatakan sebagai acute change. Biasanya golongan tua sering mengalami tekanan darah rendah disebabkan oleh kerosakan sistem saraf autoimun atau Autoimmune Nervous System.


Jika anda menetap berhampiran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, anda berpeluang melakukan ujian kesihatan secara percuma di situ. MOSTI atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini sedang giat mendapatkan peserta untuk Projek Kohort Malaysia di mana anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan untuk mereka. Kesemua peserta diminta menjawab soal selidik, menderma spesimen darah dan air kencing dan juga berpeluang melakukan saringan kesihatan berikut secara percuma:
-pemeriksaan tekanan darah
-ujian fungsi jantung
-ujian fungsi paru-paru
-ujian fungsi buah pinggang
-pemeriksaan darah
-analisis komposisi badan
-pengukuran indeks jisim tubuh, ukurlilit pinggang dan pinggul.

Friday, March 30, 2012

YB di Melaka kantoi Ops Tapis?

Hmm..agak menarik laporan Sinar Harian edisi Ahad 25 Mac yang lepas.

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa - Semasa - Sinar Harian

Dikatakan seorang YB antara 27 yang diperiksa dalam satu serbuan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. YB itu menurut laporan Sinar Harian merupakan pelanggan di premis berkenaan. Siapa agaknya YB yang dimaksudkan? DUN ke Parlimen?

Sunday, March 25, 2012

Tempe pun akan ada standard


Indonesia telah dipilih sebagai negara yang bakal merangka standard antarabangsa bagi makanan kegemaran rakyatnya iaitu tempe. Cara pembuatan tempe di Indonesia akan diguna pakai sebagai kaedah standard industri tempe dunia. Itu telah diumumkan sendiri oleh Codex Alimentarius Commission, sebuah suruhanjaya di bawah naungan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berita lanjut di sini.

Wednesday, March 21, 2012

Rahsia Sihat Ungku Aziz

Ungku Aziz telah menjangkau usia 90 tahun tetapi masih tetap sihat fizikal dan mental. Apakah rahsia Pak Ungku mengekalkan tahap kesihatannya sehingga hari ini?

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia keluaran 19 Februari 2012, Pak Ungku memberitahu, "rahsia saya yang sebenar adalah makan bawang besar secara mentah-mentah. Tukang masak saya akan pastikan benda ini setiap hari. Selain itu saya juga menggemari sayur ulam seperti ulam raja, salad dan juga petai."

Hm..makan bawang besar secara mentah-mentah. Itu antara rahsianya.

Ada kajian mengatakan memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.

Selain itu bawang putih (garlic) juga mempunyai beberapa khasiat yang hampir serupa, antaranya:
-Merawat selesema, asma dan batuk.
-Menambah dan mengawal selera makan.
-Sebagai antibiotik / antivirus yang berkesan.
-Mengecutkan ketumbuhan.
-Menurunkan kolesterol.

Tuesday, January 24, 2012

Facebook ‘lubuk’ pelaburan haram

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Walaupun pelbagai kisah telah dibongkar di sebalik penipuan pelaburan di Internet beberapa tahun lalu, namun masih ramai pengguna yang tidak serik untuk terus melabur.
Bezanya, jika dahulu skim seperti SwissCash, Buy-e-barrel, Al-Arabic Fund dan ABB Fund merupakan pelaburan yang cukup popular dalam kalangan pengguna Internet, kini ia menular ke laman web sosial seperti Facebook.
Modus operandinya tetap serupa - mencari mangsa yang ingin menjadi kaya dengan cara cepat dan mudah.
Pada masa sama, mereka bijak menukar medium kononnya wang pelaburan tersebut adalah untuk digunakan dalam perniagaan kayu gaharu, emas, minyak dan sebagainya...

Berita penuh di Utusan Online.