Sunday, December 18, 2011

Kemunting, misai kucing rawat barah

Herba misai kucing untuk merawat barah.
Sumber artikel dari Berita Minggu Ahad , 18 Disember 2011.

KUALA LUMPUR: Penghidap kanser kini tidak perlu lagi bimbang dengan kos rawatan penyakit yang tinggi selepas kajian mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan.
Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 mendapati ekstrak dua tumbuhan berkenaan mampu menghalang sel kanser daripada terus merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit berkenaan.
Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan. - Mahamad Noor Jaafar, Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Prof Madya Mahamad Noor Jaafar, kajian lanjut mengenainya termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit kanser sedang giat dijalankan.

“Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing dan kamunting Cina membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan.

“Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kita juga akan mendapatkan kelulusan piawaian daripada badan berkaitan,” katanya kepada Berita Minggu.

Mahamad Noor berkata, pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya.
“Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali sememangnya dikenali mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kamunting Cina tidak begitu popular di negara ini.

“Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan,” katanya.

Monday, September 19, 2011

HPA Di TV1

Siaran ini telah ditayangkan dalam slot Syahadah di TV1 pada 25 Ogos 2011 jam 6.30 petang dan diulang siaran pada 26 Ogos 2011 jam 4.30 pagi.


Thursday, September 15, 2011

Pop Kuiz Sejarah

Soalan pop kuiz sejarah:

Tanah Melayu adalah tanah jajahan
a) semenjak 1511 hingga 1957.
b) dari dulu, kini dan selamanya.
c) tidak pernah terjajah langsung, hanya berstatus dinaungi atau dilindungi oleh British.
d) selama 2 tahun sahaja semasa zaman Malayan Union (lihat penjelasan Profesor di bawah).

Wednesday, August 10, 2011

PadaMu ku bersujud


ku menatap dalam kamar
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang selalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
...pada-MU

Sunday, July 10, 2011

Merawat Kencing Manis


Pada posting sebelum ini saya ada menceritakan perihal penggunaan tumbuhan herba "cinnamon" atau kayu manis dalam rawatan diabetes atau kencing manis. Tuan Haji Ismail (Pengasa HPA) juga telah mencadangkan beberapa produk HPA yang boleh diguna untuk merawat penyakit kencing manis.


Cadangan produk HPA untuk merawat diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut :
1. Plantisol - 3 biji,  3 kali sehari
2. Teh herba - 3 kali sehari
3. Softgel VCO - 3 biji, 3 kali sehari
4. D Det - 2 biji, 2 kali sehari (maksimum)


Antara yang perlu dielak oleh pesakit diabetes ialah:
1, Gula:jangan sekali-kali menggunakan gula putih tetapi gantikan dengan gula merah/perang
2. Beras: jangan menggunakan beras putih tetapi gantikan dengan beras perang.
3. Santan: jangan mengambil makanan yang mengandungi santan
4. Roti: jangan makan roti putih/perang (kecuali roti arab)


Perbincangan lanjut mengenai diabetes boleh dibaca di blog beliau:  jawimedherb

Tuesday, June 28, 2011

Walking Manners

Do not walk proudly on the earth. You cannot cleave the earth, nor can you rival the mountains in height."
Al Quran, Surah Al Isra' (17:37).

Wednesday, June 15, 2011

Jemputan Menghadiri Program ESP Real Business

Saudara/i ahli-ahli HPA adalah dijemput untuk menghadiri Program ESP Real Business anjuran HPA di bandar-bandar berhampiran tempat tinggal anda.

Apa itu ESP? Ianya singkatan kepada Eksklusif Sehari bersama Pengarah Urusan HPA.

Adakah ianya sama seperti Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) sebelum ini?
Ada beberapa perbezaan di antara EPS dan PBC sebelum ini.
Antaranya:
1. Yuran rendah iaitu RM 100 sahaja.
2. Masa singkat, hanya 14 jam sahaja dalam 1 hari (9am - 11pm) berbanding PBC yang dibuat selama 2 hari 1 malam.
3. Dapat timba ilmu dan pengalaman direct dengan IKON HPA dan bertemu muka dengan Pengarah Urusan sendiri.
4. Maintain untuk naik pangkat lebih rendah, hanya 150 PV sahaja.
5. Tiada proksi dibenarkan untuk menjadi wakil ke program ESP. Maka akan lahir usahawan yang real dan sejati.
6. Training, bimbingan berterusan menerusi Bengkel ESP yang akan diadakan selama 3 tahun.
7. Mendapat mentor yang sedia menunjuk ajar walaupun bukan dalam group yang sama.
8. Fokus kepada beberapa produk killer HPA dan bukan hanya Kopi Radix sahaja.

Bila dan di mana Program ESP ini diadakan?
Tarikh dan waktu program ESP untuk setiap zon adalah berbeza-beza dan akan diumumkan dari semasa ke semasa. Program ESP di Zon Tengah dirancang akan diadakan di Hotel De Palma Shah Alam pada hari Ahad, 17 Julai, 9.00 pagi-11.00 malam.
Harap maklum.

Tuesday, June 14, 2011

Penawar Lelah

Soalan :
= = = =

Salam, HPA ada penawar untuk asma? Isteri saya pregnant 5 bln, sekarang asma teruk.
Ada produk yang boleh kurangkan asma?

Jawapan :
= = = = =

Penyakit lelah atau asma berpunca dari alahan cuaca, debu, makanan atau bahan kimia. Penderita akan mengalami gejala bersin, selsema, gatal dan sesak nafas.

Ada satu set produk HPA yang selalu dicadangkan untuk mereka yang mengidap lelah atau asma.
Set asma / lelah terdiri daripada:
i)Morin - A (kapsul, diambil waktu pagi dan malam)
ii)Madu Asli (diminum pada awal pagi)
iii)Teh Herba (minum setiap malam & dicampur madu)
iv)Kopi Radix (minum dua kali sehari)
v)Minyak Herba (dicampur sedikit ke dalam air suam lalu diminum)

Doa Dhuha


"Allahumma inna dhuha-a-dhuhauka, wal baha-a-bahauka, waljamala jamaluka, walquwwata quwwatuka, walqudrata qudratuka, wal ismata ismatuka. Allahumma inkana rizqi fissamai fa anzilhu, wainkana fil ardhi fa akhrijhu, wainkana mu'assaron fayassirhu, wainkana haraman fatahhirhu, wainkana ba'idan faqarribu, bihaqqi dhuhaika wabahaika wajamalika waquwwatika waqudratika atini ma ataita min 'ibadikassalihin"

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Sunday, June 12, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Perubatan Homeopati


Perubatan homeopati diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann sekitar abad ke 18 di Jerman. Ia kemuadian berkembang ke seluruh Eropah sebelum diperkenalkan oleh pegawai perubatan tentera British sekitar tahun 1930-an di Singapura. Dr. Burhanuddeen Helmi, antara tokoh politik terkenal di Tanah Melayu adalah antara yang merawat pesakit menggunakan kaedah homeopati.

Homeopati dikatakan adalah proses merawat sesuatu penyakit dengan menggunakan punca atau penyebab penyakit tersebut sebagai penawarnya. Contohnya kesan menghidu atau memakan bawang merah boleh menyebabkan kita mendapat simpton bersin, mata dan hidung berair. Oleh itu, bawang merah digunakan dan diambil tenaganya sebagai penawar atau remedi yang mujarab bagi masalah selesema, mata dan hidung berair.

Kesimpulannya, segala bahan dan penyebab penyakit apabila tenaga bahan dan penyebab penyakit tersebut diambil, maka ia akan menjadi penawar. Mungkin kita ada mendengar dari pepatah Melayu yang mengatakan bisa ular boleh menjadi penawar kepada orang yang terkena bisa ular.

Prinsip homeopati adalah:
1. Semua penyakit ada ubatnya.
2. Penyakit yang berpunca daripada keracunan, penyelesaiannya ialah dengan berubat dengan menggunakan tenaga "racun" yang serupa.
3. Kaedah menerbitkan tenaga ubat daripada racun melalui proses potentisasi atau triturasi.
4. Pengilangan ubat-ubat homeopathy berasaskan salah satu atau kedua-dua kaedah tersebut.

Remedi homeopati
Remedi yang paling tepat dapat ditentukan dengan membandingkan kesamaan simptom penyakit dengan simptom remedi. Remedi homeopatihy berasal daripada pelbagai punca seperti:
1. Alam tumbuhan - sebilangan besar remedi homeopati berasal daripada alam tumbuhan.
2. Alam haiwan - racun-racun haiwan. berbisa seperti ular dan serangga berbisa
3. Alam kimia - terdiri daripada unsur, sebatian (asid, bes, garam) dan mineral.

Apabila remedi yang tepat berasaskan simptom diberikan pada kekuatan atau potensi yang sesuai bagi mengatasi masalah penyakit, maka akan sembuhlah penyakit berkenaan dengan izin Allah S.W.T. Haruslah diingat, dalam keadaan tubuh bergerak menuju kearah kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlaku sedikit tindakbalas simptom. Tindakbalas simptom ini bukanlah kesan sampingan dan hanya bersifat sementara. Malahan, ia tidak membahayakan. Ini menunjukkan bahawa remedi yang diambil adalah bersesuaian dan sedang bekerja menghilangkan penyakit daripada tubuh itu. Ianya juga dikenali sebagai krisis penyembuhan (healing crisis). Pesakit dinasihatkan supaya bersabar dan meneruskan makan ubat sehingga penyakit benar-benar sembuh.

Thursday, April 21, 2011

Spirulina Untuk Warga Tua

Untuk warga tua yang sering mengalami keletihan yang disebabkan oleh kekurangan nutrien, dicadangkan mengambil kapsul spirulina sebagai makanan tambahan (supplemen). Warga tua kerap mengalami masalah sistem penghadaman yang sensitif dan memberi kesan pada penyerapan nutrien daripada makanan yang diambil.

Spirulina
merupakan tumbuhan alga berwarna hijau kebiruan yang kaya dengan pelbagai nutrien bermanfaat untuk tubuh. Spirulina membekalkan protein yang tinggi, zat besi, kalsium, magnesium, vitamin B dan pigmen tumbuhan seperti klorofil, karotenoid dan fikosianin. Protein yang tinggi penting untuk bekalan tenaga dan membantu melegakan keletihan.

Satu lagi kebaikan atau kelebihan spirulina ialah ia mempunyai dinding sel yang lembut. Ini memudahkannya untuk dihadam dan digunakan oleh tubuh yang bersesuaian dengan warga tua, berbanding dengan protein daripada haiwan. Spirulina juga ideal untuk pemakanan harian kerana tidak mengandungi kolesterol.

Kandungan klorofil yang tinggi juga boleh bertindak sebagai agen pembersih yang mungkin bermanfaat bagi mereka yang cenderung mengalami sembelit sebagaimana lazimnya berlaku pada warga emas. Memang unik tumbuhan herba yang satu ini. Pengambilan spirulina organik seperti keluaran HPA patut jadi pilihan bagi mereka yang pentingkan kualiti, selain bebas daripada baja kimia dan racun serangga. Spirulina keluaran HPA berbentuk kapsul adalah untuk kepelbagaian penggunaan.

Friday, April 1, 2011

Botol susu polikarbonat 'Bisphenol A' akan diharamkan

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).

Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Sumber: Berita Harian.

Monday, March 14, 2011

Teh Herba Untuk Demam Denggi

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (Genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah-muntah
7. Sakit perut

Statik kes denggi di Malaysia ialah 30,285 kes dengan 65 kematian pada tahun 2007 berbanding 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian untuk tahun 2006.

Dalam pengubatan Jawi kaedah perawatan yang dicadangkan ialah menggunakan teh herba yang pekat (kental); iaitu satu jag air panas dicampur dengan 10 sachet Teh Herba HPA. Minum selang sejam sedikit demi sedikit sehingga habis satu jag air dalam masa 24 jam. InsyaAllah akan pulih dalam tempoh yang segera.

Teh Herba HPA menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Oleh sebab itu, Teh Herba HPA juga elok dijadikan amalan selepas pembedahan, penyembuhan luka dan juga untuk wanita selepas melahirkan anak.

Tuesday, February 15, 2011

Mampu kurus dengan ikan ?

Eh! Betul ke ni?

Kajian mendapati mereka yang mendapat menu harian ikan yang kaya dengan khasiat Omega-3 berjaya mengalami penurunan berat badan yang banyak. Kadar kolesterol menurun dan risiko diabetes juga lebih kecil.

Ini berbeza dengan mereka yang hanya makan ikan sekali seminggu atau kekal dalam diet yang lama. Kumpulan ini langsung tidak mengalami penurunan berat badan dan kualiti kesihatan kekal seperti asal.

Tunggu apalagi, marilah kita makan ikan lebih kerap. Kalau nak tambah dengan supplemen, boleh ambil kapsul Mega-3 HPA. Omega-3 juga penting untuk ketajaman minda. Mereka yang berusia 40-an ke atas perlu mengambil Omega-3 dan Spirulina setiap hari.

Monday, January 10, 2011

Ardisia Untuk Penyakit Ghout

"Customer saya telah menghidap penyakit ghout lebih dari 10 tahun. Kaedah rawatan berbekam dan pengambilan herba Ardisia, Tuju Angin, Malac dan Teh Herba telah mengurangkan penyakit beliau..." -Shamsuri bin Muat (Pulau Pinang).

Itu antara testimoni pengguna produk HPA. Ardisia memang sesuai diamalkan bagi mereka yang mengalami ghout. Produk ini menggunakan herba Ardisia Crispa (mata pelanduk) yang berfungsi mengeluarkan asid urik berlebihan dan terdapat pada bahagian sendi.

Keadaan ini apabila tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya sakit pada sendi dan peradangan hingga bengkak. Herba Ardisia ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5liter (10 gelas) sehari. Asid urik akan dikeluarkan melalui urin.
Untuk penyembuhan yang lebih berkesan, mereka yang mengalami ghout dinasihatkan mengambil Ardisia bersama dengan Teh Herba, Malac, Spirulina, Mengkudu dan Kopi Radix.