Friday, March 5, 2010

Kacang Tumbuk Istimewa

Siapa suka makan kacang tumbuk? Rasanya ramai penggemar kacang tumbuk di kalangan kita. Kacang tumbuklah antara 'jajan' paling popular waktu zaman kita kecik-kecik dulu. Dulu-dulu rasanya sebiji dapat 10 sen. Sekarang ni tak dapatlah ye. Kacang tumbuk dulu-dulu tu dia bungkus guna kertas minyak dan bahagian luar kacang tumbuk tu agak keras sikit.

Tuan Haji Ismail ada menyentuh berkenaan Kacang Tumbuk Istimewa keluaran HPA sewaktu menyampaikan kuliah perubatan JAWI 22hb Februari yang lalu di Hotel De Palma Ampang. Sesetengah orang menanyakannya kenapa kacang tumbuk HPA tidak keras dan mudah pecah. Sebenarnya kacang tumbuk menjadi agak keras disebabkan penggunaan lemak haiwan. Jadi, fikir-fikirlah sendiri lemak haiwan apa yang mungkin diguna.

Kacang Tumbuk Istimewa HPA tidak menggunakan lemak haiwan dan ia akan mudah pecah bila dipegang.

No comments: