Thursday, January 14, 2010

Fakta Kanser (Bhgn I)


Kesihatan atau sakit seseorang akan bergantung juga pada faktor pemakanan. Zaman moden ini dengan berbagai peralatan buatan seperti plastik, melamin, microwave, dan berbagai lagi merupakan penyebab penyakit termasuk kanser, kerana ia bukan dari sumber alami. Badan kita dijadikan Allah swt memerlukan makanan alami untuk hidup dan tenaga serta tumbersaran. Tumbuhan sekeliling memang banyak khasiat dan juga merupakan penawar jika kita mengalami sakit.

Berikut adalah beberapa fakta tentang kanser:

1. Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta. Apabila doktor memberitahu pesakit tidak ada lagi sel kanser dalam badan setelah menjalani rawatan, ia hanya bermaksud ujian tidak dapat mengesan sel kanser kerana mereka belum lagi membesar hingga ke saiz yang dapat dikesan.

2. Apabila sistem imun seseorang kuat sel kanser akan terbunuh atau dilarang daripada membiak dan membentuk tumor.

3. Apabila mengalami sakit kanser menunjukkan kekurangan nutrisi berbagai. Ini mungkin disebabkan oleh keturunan, persikitaran, makanan atau faktor cara hidup.

4. Untuk mengatasi kekurangan nutrisi berbagai, menukar diet dan menambahkan suplemen akan menguatkan sistem imun.

5. Kemoterapi ialah proses yang meracun sel kanser pantas-tumbuh dan juga memusnahkan sel sihat bersifat pantas-tumbuh di dalam sumsum tulang, trek gastro-intestin, dan boleh menyebabkan kerosakan organ seperti hati, buah pinggang, jantung, peparu dan sebagainya.

6. Radiasi pula memusnahkan sel kanser tetapi juga membakar, merosak sel sihat, tisu sihat dan organ sihat.

7. Rawatan kemoterapi dan radiasi biasanya akan mengurangkan saiz tumor. Jika dilanjutkan tempoh penggunaan kemoterapi dan radiasi tidak akan ada hasil memusnahkan lagi tumor.

8. Apabila badan telah banyak dimasuki beban toksik dari kemoterapi dan radiasi , sistem imun akan mengalah atau dimusnahkan, maka pesakit akan didedah jangkitan berbagai infeksi dan komplikasi.

No comments: