Monday, August 31, 2009

Spirulina untuk Puasa


Menurut Dr. Christopher Hill, pengarang buku The Secret of Spirulina, Spirulina adalah herba yang amat bermanfaat untuk mereka yang berpuasa dan sedang berdiet. Ini kerana Spirulina sangat praktikal untuk sebarang rancangan pemakanan, memandangkan ia mudah dihadam, tinggi tenaga, rendah kalori dan tanpa kolesterol serta tidak membebankan sistem penghadaman.

Spirulina terkenal kerana kandungan proteinnya yang tinggi, iaitu sekitar 65 hingga 70 peratus dalam keseimbangan yang ideal. Selain itu, ia mengandungi nutrien seperti zink, mangan, selenium, vitamin E, vitamin B, beta karotena serta asid gama linolenik.Pengambilan makanan yang terhad seperti semasa berpuasa mungkin memerlukan kita menambahkan nutrien-nutrien penting untuk menyokong keperluan tubuh dan minda.

Klorofil spirulina yang tinggi bersifat membersih serta membantu merangsang penyingkiran toksik dan bahan kumuh, sesuai untuk mereka yang berdiet.Spirulina yang padat dengan nutrien dan mudah dihadam sesuai untuk mereka yang bermasalah dengan penghadaman kurang sempurna.

Terdapat banyak cara untuk anda menikmati kebaikan spirulina, selain menelan kapsul sprulina semata-mata.Serbuk yang boleh diambil dari kapsul spirulina boleh dicampurkan bersama dengan hidangan juadah berbuka puasa mahupun sahur.Ia sesuai untuk diadun bersama jus buah, kerabu kegemaran keluarga, pasta dan pelbagai salad dan sandwic untuk hidangan lebih ringan dan kaya khasiat.

Menu-menu ini boleh diolah untuk disesuaikan dengan cita rasa anak-anak yang cerewet memilih makanan untuk bekalan nutrien tambahan.Pengambil vitamin B kompleks tambahan yang dikenali sebagai vitamin untuk tenaga yang penting metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk penghasilan tenaga semasa berpuasa juga boleh ditambah bersama spirulina.

3 comments:

Pekerja Makan Gaji said...

'Ini kerana Spirulina sangat praktikal untuk sebarang rancangan pemakanan, memandangkan ia mudah dihadam, tinggi tenaga, rendah kalori dan tanpa kolesterol serta tidak membebankan sistem penghadaman.'

Mohon penjelasan. Bukan tenaga dan kalori berkaitan. Bagaimana tinggi tenaga dan rendah kalori. Bukankah kalori yang tinggi akan diguna bagi menjana tenaga yang tinggi apabila diperlukan. Dah lupa la. Tq.

Admin www.morhabshi.com said...

kenapa lama tak update bro?

RK said...

thx for the comment bro.. :)