Monday, August 31, 2009

Spirulina untuk Puasa


Menurut Dr. Christopher Hill, pengarang buku The Secret of Spirulina, Spirulina adalah herba yang amat bermanfaat untuk mereka yang berpuasa dan sedang berdiet. Ini kerana Spirulina sangat praktikal untuk sebarang rancangan pemakanan, memandangkan ia mudah dihadam, tinggi tenaga, rendah kalori dan tanpa kolesterol serta tidak membebankan sistem penghadaman.

Spirulina terkenal kerana kandungan proteinnya yang tinggi, iaitu sekitar 65 hingga 70 peratus dalam keseimbangan yang ideal. Selain itu, ia mengandungi nutrien seperti zink, mangan, selenium, vitamin E, vitamin B, beta karotena serta asid gama linolenik.Pengambilan makanan yang terhad seperti semasa berpuasa mungkin memerlukan kita menambahkan nutrien-nutrien penting untuk menyokong keperluan tubuh dan minda.

Klorofil spirulina yang tinggi bersifat membersih serta membantu merangsang penyingkiran toksik dan bahan kumuh, sesuai untuk mereka yang berdiet.Spirulina yang padat dengan nutrien dan mudah dihadam sesuai untuk mereka yang bermasalah dengan penghadaman kurang sempurna.

Terdapat banyak cara untuk anda menikmati kebaikan spirulina, selain menelan kapsul sprulina semata-mata.Serbuk yang boleh diambil dari kapsul spirulina boleh dicampurkan bersama dengan hidangan juadah berbuka puasa mahupun sahur.Ia sesuai untuk diadun bersama jus buah, kerabu kegemaran keluarga, pasta dan pelbagai salad dan sandwic untuk hidangan lebih ringan dan kaya khasiat.

Menu-menu ini boleh diolah untuk disesuaikan dengan cita rasa anak-anak yang cerewet memilih makanan untuk bekalan nutrien tambahan.Pengambil vitamin B kompleks tambahan yang dikenali sebagai vitamin untuk tenaga yang penting metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk penghasilan tenaga semasa berpuasa juga boleh ditambah bersama spirulina.

Sunday, August 23, 2009

1.4% Daripada 2,000 Hotel Ada Sijil Halal


Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.

Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.

Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.

Angka itu pastinya menimbulkan kemusykilan kerana pada bulan Ramadan ini hotel-hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal turut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam.

Tindakan mereka itu tentunya mengelirukan umat Islam terutama jika makanan yang disediakan tidak halal atau tidak menepati keperluan syariat Islam.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan umat Islam lebih berwaspada mengenai soal halal di sesebuah hotel bagi memastikan mereka tidak makan makanan yang diharamkan oleh agama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amat penting bagi umat Islam untuk memantau dan memastikan mereka hanya menjamu selera di hotel yang mempunyai persijilan halal sah bagi dapur utama mereka.

“Ketika Ramadan, seperti satu budaya, kebanyakan umat Islam gemar berbuka di hotel. Jadi diharap hotel yang dipilih itu menghidangkan makanan halal 100 peratus.

“Begitu juga dengan pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kami berharap penganjur lebih peka untuk memastikan tempat itu ada sijil halal Jakim atau jabatan agama Islam di negeri lain,” katanya.

Ini kerana, kata beliau, Ramadan dan soal berbuka puasa adalah ibadah bagi umat Islam.

“Janganlah nanti seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.

“Dalam hal ini, umat Islam mesti memainkan peranan supaya mereka hanya makan hidangan yang halal dan berkat,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, PPIM kecewa dengan sikap sebilangan umat Islam yang kurang peka dengan soal halal apabila menjamu selera di hotel.

“Sejak dulu lagi, PPIM menyedari ada umat Islam membelakangkan soal halal atau haram hidangan yang dimakan di hotel dengan tidak memastikan terlebih dahulu sama ada ia memiliki sijil halal sah atau sebaliknya,” katanya.

Noor Nirwandy menambah, apabila memilih untuk berbuka di hotel, umat Islam bukan sahaja perlu memikirkan soal halal makanan tetapi juga kesempurnaan tandas dan kelengkapan bilik solat.

Menurutnya, ada hotel termasuk yang bertaraf lima bintang tidak dilengkapi bilik solat dan tandas tanpa paip yang seolah-olah menunjukkan pengurusannya tidak mementingkan keperluan umat Islam.

Sumber: Utusan online

Tuesday, August 18, 2009

Gula...Gula...Gula (Part II)

Ramadan bakal tiba. Maka cerita yang sama pun akan kedengaran lagi: isu kekurangan bekalan gula. Nampak masyarakat Malaysia ni (Muslim khususnya) memang begitu mementingkan gula dalam penyediaan makanan dan minuman harian. Laporan theStar menyebut :

"> Supplies continue to run low at many sundry shops in the Klang Valley but stocks are starting to reappear in super and hypermarkets,

> Other parts of Malaysia seem to be adequately stocked with sugar,

> Authorities blame local sugar refineries for cutting back on production after over-producing in the first half of the year."

"There is speculation that the Government would increase the price of sugar, but it is not true. People are using the rumours to stock up and make a quick profit.

'The public should not believe such rumours and panic-buy. They should also report to the ministry about those who hoard or smuggle sugar,' he said, adding that ministry had acted against the culprits.

He cited cases where two wholesalers who were caught hoarding sugar and another in Perak who was caught selling sugar at a blackmarket price of RM1.80 per kg as opposed to the approved price of RM1.45 per kg."

Terapi Bekam

Beberapa hadis berkenaan al hijamah atau bekam:

1) "Tidaklah aku berjalan pada sekelompok malaikat pada malam aku diisra’kan, kecuali mereka mengatakan, ’Wahai Muhammad, perintahkan ummatmu supaya berbekam!" (HR. Ibnu Majah).

2) Diriwayatkan dalam Shohih Bukhori dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a., bahwa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada 2 pelipis dan pundaknya.

3) Diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim bahwa : "Rasulullah SAW pernah menggunakan bekam atas tiga bahagian tubuh, bahagian atas tulang belakang dan atas dua urat leher."

4) Rasulullah saw bersabda dalam Shohih Al Jami : "Jibril mengabarkan kepadaku bahwa bekam merupakan metod pengobatan paling bermanfaat yang digunakan manusia".

76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

Friday, August 7, 2009

Tip Kalau Nak Berjaya

Kalau nak berjaya, satu-satunya perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah tukar cara kita berfikir. Sebagai contoh, kita mahu menyertai sesuatu kursus, bengkel atau seminar, katakan yurannya adalah RM1,800.00.

Bagi sesetengah atau kebanyakan orang, reaksi mereka adalah seperti berikut:
“Saya tak mampu la..”, “Saya tak ada modal”, “Sorry la, tak ada duit nak join”, “mahalnya!!!”.

Maaf kalau saya katakan, kata-kata sebegitu boleh melambangkan atau memberi makna yang mendalam terhadap siapa dan jenis apa pemikiran kita. Ya, ia satu bentuk pemikiran tahap rendah. Pemikiran atau mindset sebegitulah yang membuatkan kita amat sukar untuk berjaya. Ia umpama satu blok yang menghalang kita untuk terus mara ke hadapan.

Sebaliknya, orang-orang yang mudah berjaya, hanya salah satu daripada dua reaksi berikut sahaja yang akan mereka lakukan:
1. Mereka berdiam diri tanpa melatah. Kalau mereka tidak mampu mereka tidak akan berfikiran negatif atau mereka akan mencari alternatif lain.
ATAU
2. Mereka akan berkata begini kepada diri mereka sendiri: “bagaimana aku boleh dapatkan modal RM1800.00 untuk menyertai kursus tersebut?“.

Orang-orang yang berfikiran tinggi melihat hasil (results) berbanding melihat apa yang dilabur atau dikeluarkan. Bagi mereka, jika bayar RM1,800.00 iaitu yuran yang mahal tetapi jika hasil yang diperolehi selepas mempraktikkan apa yang mereka belajar boleh memberikan keuntungan besar berlipat kali ganda, maka bagi mereka “why not?”.

Sebaliknya orang-orang yang berfikiran pendek dan aras rendah, mereka asyik melihat kos yang perlu mereka keluarkan. Orang-orang yang lemah sebaik sahaja mendengar jumlah kos yang perlu dibayar yang tinggi, mereka akan segera berputus-asa. Sebaliknya orang yang berjaya, mereka tetap tersenyum dan berfikiran positif.
Begitulah kita lihat, ramai orang yang asyik memberi alasan demi alasan. Untuk keluarkan beberapa puluh ringgit pun begitu berkira-kira. Padahal pelaburan mereka itu adalah untuk jangka masa panjang.

Kesimpulannya, jika mahu berjaya, tukarlah cara kita berfikir. Jika selama ini kita asyik kata tak boleh, tak dapat, tak mampu, sekarang kita tukarkan kepada mindset “apa yang perlu aku lakukan”, “how I can afford it?”, “bagaimana nak dapatkan duit sebanyak tu?”.


Persoalannya di sini, kita termasuk golongan yang mana? Golongan yang berfikiran aras rendah atau golongan yang berfikiran tinggi? Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan.

Artikel ini dipetik dari http://blog.smartusaha.com

*Nota: Kalau rakan-rakan HPA sekalian nak berjaya dalam bisnes HPA, sertailah kursus PBC yang yurannya hanya RM 180 sahaja. Kemudian ajak pula downline2 anda sertainya di bulan berikutnya. Dalam MLM, anda akan berjaya jika anda menjayakan downline anda.

Thursday, August 6, 2009

Petua Bunga Cengkih

Orang dulu dikatakan sering menggunakan bunga cengkih untuk merawat sakit gigi.
Caranya ialah bunga cengkih perlu ditumbuk dahulu untuk dijadikan serbuk. Masukan serbuk bunga cengkih tadi ke dalam gigi yang berlubang, sekiranya merasa sakit. Lama kelamaan akan hilanglah sakit tesebut.

Ubat gigi herba HPA juga mengandungi ramuan bunga cengkih.

Berniaga Bukan Memaksa

"Pengedar HPA tidak sepatutnya menjadikan keuntungan dan wang sebagai matlamat. Sebaliknya, perlu menganggap perniagaan HPA sebagai satu usaha untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan, selain menambah pendapatan sendiri. Maka pembeli tidak boleh dipaksa supaya membeli ubatan herba yang dijual. Herba dijual hanya jika pengguna benar-benar memerlukannya, atau ingin mengguna produk dengan kerelaan sendiri. Jika tidak, herba yang dijual secara paksa akan jadi sia-sia dan membazir."

Sumber: Tn. Hj. Ismail Ahmad, KPJ siri 4