Saturday, June 20, 2009

Suplemen dan Vitamin Kesihatan : Hati-Hati .. Sejauh Mana Selamat Dan Berguna?


Hari ini sekiranya anda masuk sahaja ke farmasi atau kedai makanan kesihatan, anda akan melihat pelbagai jenis suplemen kesihatan dan vitamin. Anda seperti dijamin dapat hidup seribu tahun lagi dengan kesihatan yang baik.

Brosur dan risalah memberitahu: Vitamin B komplek dan C boleh menghilangkan stres, Vitamin E akan meningkatkan ketahanan dan stamina, vitamin B12 boleh menghilangkan letih, jeli raja meningkatkan tenaga dan lain-lain lagi, seolah-olah di situ adalah rumah penambahbaik kesihatan seumur hidup anda.

Adakah suplemen kesihatan seperti ini wajar?
Adakah ia menyokong kehidupan yang menyihatkan?

Adakah anda fikir bagaimana penyakit kronik kini yang dideritai oleh ramai orang disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat, stres dan gaya hidup yang tidak sihat, boleh ditukar atau dicegah dengan menelan pelbagai suplemen pemakanan setiap hari?
Adakah pil vitamin memberi jawapan hidup anda akan lebih panjang dan bebas penyakit?

Sebenarnya semua ini adalah kerja iklan yang agresif, diikuti dengan masyarakat yang mencari penyelesaian secara cepat untuk penyakit mereka.

Hal ini menjadi amat popular di Malaysia. Kajian menunjukkan 1 setiap 2 rakyat Malaysia mengambil suplemen pemakanan.

Apa yang dapat kami beri jawapan ialah kebanyakan suplemen tidak berkesan dan banyak daripadanya toksik. Beberapa kajian mendapati ramai yang “membuang masa dan wang”.

Jadi, berhati-hatilah bila mengambil supplemen kesihatan. Pastikan sumbernya benar-benar terjamin selamat.

No comments: