Thursday, January 8, 2009

Boikot Barangan Israel


Salam sejahtera semua...

Kekejaman demi kekejaman diperlakukan terhadap saudara seagama kita di Palestin (Gaza terutamanya). Saban hari kita menyaksikannya di kaca TV, di akhbar, maupun di laman-laman web atau blog. Apakah tindakan kita terhadap semua bentuk kekejaman dan penindasan itu?

Jawapannya mudah saja. Boikot barangan keluaran Israel (atau yang menyokong perjuangan/ memberi dana pada rejim Zionis). Ada sejumlah 1.3 bilion umat Islam di dunia ini. Kita boleh memberi impak pada ekonomi mereka jika kita sama-sama melakukannya.

Kempen kezaliman dan kekejaman Zionis terhadap penduduk Islam di Gaza bermula kira-kira jam 11 pagi 27 Disember lalu. Mungkin ramai antara kita yang tidak sedar tentang berita ini sebab kita sibuk dengan perkahwinan artis terkenal, sambutan Tahun Baru di tingkat 11 hotel terkemuka di KL, dan bunga api.

Untuk senarai produk keluaran Israel, sila layari: http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Untuk umat Islam di Malaysia khususnya, HPA kini semakin rancak menyediakan produk-produk alternatif kepada para pengguna. Senarai terkini produk HPA boleh didapati dari laman ini : http://hpa.com.my/produk/produkhpa.htm

No comments: