Wednesday, September 24, 2008

HPA Semakin Berkembang Di Selatan Semenanjung

Perkembangan terkini menunjukkan HPA semakin melebarkan sayap perniagaannya di selatan Semenanjung. Seperti yang telah diwar-warkan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ahmad Ismail, Kluang akan dibangunkan untuk menjadi HPA Town.

Serentak dengan itu, negeri Johor akan mempunyai empat buah cawangan baru HPA sebelum pertengahan Oktober ini :
1)Muar
2)Masai
3)Batu Pahat
4)Segamat

Aktiviti terkini yang bakal berlangsung di Zon Selatan ialah Program Herbalis (1 - 25 Disember 2008) dan Kursus Kiropraktik (15 - 16 November 2008). Kedua-dua aktiviti ini akan diadakan di Dewan Fatimah Zahraa, Kluang, Johor.

Kepada warga Johor khususnya, mari kita rebut peluang perniagaan HPA yang unik ini.

No comments: