Monday, September 7, 2015

Awas Dari DiTipu Skim Cepat Kaya

TheStar melaporkan dua orang wanita di Melaka telah ditipu oleh skim cepat kaya. Wanita pertama dari Alor Gajah telah ditipu oleh satu bentuk skim cepat kaya di Internet. Dia kehilangan RM22,000. Wanita kedua pula ditipu sebanyak RM35,000. Jumlah kerugian: RM57,000.

Ahli-ahli HPA juga telah diingatkan agar berhati-hati dengan skim sebegini. Bila anda tiba-tiba dapat email dari seseorang yang memberitahu pakciknya dari Nigeria telah meninggal dunia dan dia perlu nombor akaun bank anda di Malaysia untuk menyimpan dana bermillion dollar atau euro, anda sepatutnya sudah dapat menghidu ada perangkap di situ.

Kes-kes sebegini sering kita dengar. Malangnya ia terus berlaku dan akan berlaku lagi selagi kita mudah terpengaruh dengan gimik pelaburan untuk jadi kaya dengan cara mudah dan cepat. Mungkin formula dari Irfan Khairi ini boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan kita dari terperangkap dengan skim cepat kaya : NO SCAM.

Akhir sekali, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya. Para usahawan HPA yang telah berjaya di puncak pun bermula dari bawah. Mereka berusaha dengan gigih dan sentiasa bersama dengan syarikat di zaman jatuh dan bangunnya. Kejayaan para leader di HPA bukan datang sekelip mata. Dan HPA pastinya bukan syarikat skim cepat kaya.

2 comments:

Chuckiesd said...

selalu dapt email cam ni...mengarut laaa...delete jer terus email2 cam ni...bkn senang nk jadi senang...n senang sangat nak jadi susah..

Rohaizan said...

betul tu Chuckiesd,
tapi yang peliknya, kita masih dengar lagi berita ada orang kena tipu dengan SCAM ni kat media massa...