Wednesday, August 6, 2008

Waktu Dan Peralatan Berbekam

"Sebaik-baik perawatan ialah dengan berbekam"
-Hadis riwayat Bukhari.

Kursus berbekam anjuran HPA pada 19 - 20 Julai 2008 yang lalu telah membincangkan secara terperinci beberapa kaedah berbekam, waktu yang sesuai untuk berbekam dan peralatan yang digunakan pada era moden ini.

Secara amnya bekam terbahagi kepada empat jenis :

1)Bekam basah atau "Wet Cupping" - dikenali juga dengan bekam darah iaitu dengan mengeluarkan darah kotor dari badan.

2)Bekam kering atau "Dry Cupping" - dikenali juga dengan bekam angin bertujuan untuk mengeluarkan angin di dalam tubuh. Sedutan bekam akan mengembangkan liang-liang roma dan kita akan dapat lihat bintik-bintik air atau wap dalam cupping.

3)Bekam luncur - caranya ialah dengan meluncurkan cupping atau cawan bekam yang telah disedut di tubuh. Biasanya ia digunakan untuk melancarkan perjalanan darah di bahagian belakang terutamanya di kedua urat belikat.

4)Bekam tarik - sangat sesuai dilakukan di bahagian kepala terutama di dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Caranya ialah dengan meletakkan cawan atau cupping kecil di kepala lalu disedut dan ditarik serta merta berulang kali. Sebelum itu sapukan dahulu Minyak But-But di kawasan yang ingin dibekam.

Waktu yang sesuai untuk berbekam ialah pada pukul dua atau tiga petang kerana pada waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dibekam. Hari yang afdal untuk berbekam pula ialah pada hari Isnin dan Selasa.

Di antara peralatan bekam moden yang disyorkan dalam Perubatan Jawi HPA adalah seperti berikut :
-Cawan
-Lancet
-Jarum
-Pump
-Sarung tangan
-Minyak But-But
-Penutup mulut (mask)
-Gunting
-Bahan pencuci antiseptik (Dettol, alkohol, dsb)
-Kapas atau tisu
-Alat pengukur tekanan darah (optional)
-Alat pengukur gula dalam darah (optional)

No comments: