Wednesday, August 20, 2008

Penemuan Saintifik Rahsia Lalat


"Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit."

Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat yang membawa kuman-kuman keapda makhluk lain, contohnya manusia. Dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan belas sedangkan Nabi Muhammmad menyebut mengenainya pada abad ketujuh lagi.

Hadis lalat ini menampakkan keunikan dan kebaikan lalat. Perkara ini terbukti pada hari ini apabila sains moden menjadikan lalat buah, khususnya "drosophila melanogaster" sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammmad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

Penemuan ini merangsang pakar-pakar sains untuk terus mengkaji. Seperkara yang perlu disebutkan, tidak ada sebarang laporan daripada Nabi Muhammmad yang menyuruh kita meminum air yang dimasuki lalat. Hadis ini hanya tertumpu kepada penyakit dan penawar yang ada pada lalat. Mereka yang menganggap Nabi Muhammmad adalah pengotor dan ajaran Islam tidak relevan berdasarkan hadis ini adalah daripada golongan yang tergesa-gesa. Penemuan- penemuan semasa menunjukkan kata-kata Nabi Muhammmad adalah benar dan relevan dengan kehidupan manusia pada hari ini.

*Petikan tulisan Dr Danial Zainal Abidin dari buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.

No comments: