Monday, August 4, 2008

HPA Peroleh RM10 Juta Sebulan

Majalah perniagaan "Usahawan Sukses" keluaran bulan lepas telah memuatkan lebih tiga mukasurat untuk artikel berkaitan syarikat HPA. Diceritakan serba sedikit bagaimana HPA bermula pada tahun 1995 sehinggalah kepada pencapaiannya pada hari ini. Juga serba sedikit latarbelakang Tuan Haji Ismail Ahmad, pengasas dan Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd. Diceritakan bahawa Tuan Haji Ismail memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM2500 sahaja. Tapi kini jualan produk HPA mencecah lebih RM10juta sebulan daripada 180 produk MLM (Multi Level Marketing) dan SLM (Single Level Marketing).

Tuan Haji Ismail telah mula menanam impian semenjak awal perniagaannya : "...menceburi tiga bidang perniagaan iaitu makanan kesihatan, produk kecantikan dan produk kelengkapan rumah." Lebih sepuluh tahun dulu, impian itu mungkin terlalu besar untuk dicapai. Mungkin ramai juga yang tidak meletakkan sebarang harapan untuk dia mencapainya. Kini setelah lebih sepuluh tahun berusaha gigih, semua impiannya telah tercapai.


HPA memang mempunyai beberapa keunikan yang tiada pada syarikat MLM atau bukan MLM lain. Ia menerima pengiktirafan syarikat jualan langsung berasaskan sistem muamalat Islam (MLMS - 'MLM Syariah') dari Indonesia. Setiap pekerja di setiap 70 cawangan juga dibentuk dengan budaya kerja yang sama: mereka dimestikan solat dhuha, membaca al-Quran dan mendengar tazkirah selama 45 minit sebelum memulakan kerja.


Namun begitu, seperti lumrahnya dengan mana-mana syarikat perniagaan, HPA juga mengalami musim pasang surutnya. HPA mengalami zaman gelapnya sekitar tahun 1999 - 2000. Disebabkan jumlah produk yang tidak pelbagai, pendapatan yang ada tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan. HPA hampir menutup operasinya. Setelah pihak pengurusan mengkaji setiap kesilapan dan menyusun hala tuju baru, tiga tahun kemudian syarikat bangkit semula dengan memperkenalkan produk-produk baru, termasuklah Kopi Radix.


Begitulah yang dapat kita pelajari serba sedikit mengenai HPA melalui "Usahawan Sukses". Semoga artikel itu akan lebih membakar semangat kita untuk berjuang bersama HPA dalam jihad ekonomi untuk umat Islam. Kepada yang berminat untuk menjadi ahli, keterangan lanjut boleh didapati di sini.

No comments: