Monday, July 7, 2008

Toksin Dalam Badan

Akhbar Mingguan Malaysia (Ahad 6 Julai) menulis tentang pembuangan toksin dalam badan manusia. Sebagai perbandingan, seseorang yang tidak pernah membuang toksin dari tubuhnya sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah bermacam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.

Artikel itu juga menerangkan bahawa toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Pembuangan toksin ini seringkali disebut sebagai detoxification atau detox sahaja.

Pembersihan yang menyeluruh akan melibatkan dua organ iaitu hati dan usus. Produk HPA untuk detoksifikasi atau pembersihan hati adalah herba D'Det, sementara untuk pembersihan usus adalah produk herba D'Karm.

Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, di mana organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin. Toksin yang tidak dikeluarkan akan menyerap semula ke dalam badan.

Tubuh yang tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan. Tanda - tanda lain adalah berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur, banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan bahagian keliling mata gelap (kaedah iridologi).

Bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.

Sebenarnya proses pembuangan toksin adalah lebih mudah sekiranya kita mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan berserat tinggi, diet organik semula jadi dan menjalani kehidupan secara natural.

Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

No comments: