Thursday, July 10, 2008

PBC Melahirkan Usahawan

Dipetik dari blog Pengarah Urusan HPA : jawiherbshop.blogspot.com

"Program PBC merupakan satu program motivasi yang banyak memberikan idea bagaimana berniaga dalam HPA. Ramai usahawan yang telah berjaya dibentuk dan mendapat pendapatan dari program ini. PBC bukan skim subsidi tetapi PBC mengajar untuk berniaga dalam alam realiti. Modal yang sedikit dijanakan melalui perkongsian untuk kejayaan bersama. Saya mencadangkan agensi-agensi kerajaan supaya dapat meniru bentuk perlatihan PBC untuk membentuk usahawan dinegara ini.

"Kita tidak hanya memberikan modal tetapi tidak membincangkan bagaimana untuk memasarkan produk itu di pasaran. Team niaga dalam bentuk rangkaian memainkan peranan penting di samping meeting mingguan yang dijadikan tempat menyelesaikan permasalahan.

"HPA akan menggalakkan pembentukan kelab seperti kelab pemimpin utara, tengah dan selatan atas nama-nama tertentu bagi menjadikan peniagaan ini sebagai satu persaingan yang sihat. Pihak HPA akan mengadakan pertemuan dengan semua kelab yang terbentuk itu untuk menentukan sasaran dan program bersama.

"Jika seorang ahli itu tidak mengikuti PBC dibimbangi semangat juangnya akan menjadi luntur dan akhirnya mereka tidak aktif dalam memasarkan produk HPA.Di masjid pagi tadi saya mendengar ucapan dari anak jemaah "Sepatutnya saya mengikuti PBC lebih awal daripada ini". Begitulah semangat yang dijanakan hasil daripada PBC di Sungai Petani baru-baru ini. Tahniah!

Untuk ahli-ahli baru HPA dan juga ahli-ahli lama yang belum pernah menghadiri Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC), jangan lupa mendaftar pada program yang akan diadakan pada waktu terdekat. Untuk mereka yang berada di sekitar Lembah Klang, berikut adalah senarai Program PBC bulan Julai untuk anda :

12-13 Julai :
1)Hotel Residen Uniten, Bandar Baru Bangi
2)Kem Rubutia, Gombak, Selangor.

19-20 Julai :
1)Kompleks Balai Islam Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

No comments: