Tuesday, July 15, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia


Artikel saya sebelum ini menyentuh mengenai kekuatan minda dan penggunaannya untuk mencapai sesuatu objektif dalam hidup anda (http://gempurhpa.blogspot.com/2008/07/ gunakan-minda-separa-sedar-untuk-capai.html)

Sebagai sambungannya saya muatkan tulisan Rohidzir Rais dari blog www.al-zuhaily.blogspot.com mengenai "Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia" :

"Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya."

Pengajarannya, salah satu teknik menjaga dan merangsang minda ialah dengan berzikir. Sebab itu juga HPA mengeluarkan beberapa produk halal dan baik untuk membantu kecergasan minda kita. Antaranya Omega-3 (dalam bentuk kapsul atau softgel, baik untuk jantung dan otak), Evergreen Centella (gabungan pegaga dan spirulina, baik untuk pertumbuhan otak dan pencucian darah), Roselle, Teh Herba dan juga Madu Asli.

2 comments:

Rohidzir Rais said...

Salam, terima kasih kerana memasukkan artikel ini ke dalam blog saudara. Moga ramai orag dapat membacanya, dan untuk tambahan yang akhir tu pun ok tak pa... cuma minta kalau bleh sertakan nama penulis asal artikel ni dan link ke blog www.al-zuhaily.blogspot.com

Rohaizan Khamis said...

Salam saudara Rohidzir,
terima kasih kerana melawat blog ini, link ke blog saudara telah saya tambah.