Tuesday, July 22, 2008

Bekam, Al Hijamah, Cupping

Bekam dalam istilah Melayu bermaksud "pelepasan darah". Dalam bahasa Arab, ia dipanggil "Al Hijamah" atau "Cupping" dalam bahasa Inggeris.

Bekam termasuk satu dari perawatan cara nabi (Thibbun Nabawi). Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, kerana itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit. Kini bekam telah dimodenkan mengikut kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Sebagai usaha berterusan menggalakkan ahlinya menambah ilmu perubatan jawi, HPA telah menganjurkan Kursus Bekam pada 19 - 20 Julai 2008. Kursus dikendalikan oleh Ustaz Abd Hadi Mohd Isa, yang beroperasi membuka pusat khidmat bekam di Seremban.

Antara topik perbincangan ialah jenis-jenis bekam dan titik - titik bekam Rasulullah. Jenis-jenis bekam termasuk bekam basah atau bekam darah, bekam kering atau bekam angin, bekam luncur dan bekam tarik. Titik-titik bekam Rasulullah pula adalah di atas kepala, pada 2 urat leher, di bawah tengkuk, di kedua-dua belah bahu, di kiri dan kanan pinggang, dan juga pada bahagian atas kedua-dua kaki.

Klip video berikut ini membincangkan serba sedikit tentang cara-cara berbekam yang sepatutnya diamalkan :


Umat Islam akhir zaman ini memang patut diajak kembali mengamalkan sunnah Nabi yang seakan dilupakan ini. Kita sepatutnya mengamalkan bekam kerana ia juga telah jadi amalan masyarakat di China dan Eropah yang mengakui manfaatnya. Bahkan alatan bekam juga banyak dibeli dari negara China.

Di samping badan sihat, pahala juga kita akan dapat, insha Allah!

No comments: