Thursday, July 31, 2008

Shark Cartilage untuk keracunan buah-buahan (juga kanser!)

Pada waktu musim buah-buahan, mungkin kita akan mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh pengambilan pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan dan manggis.

Petua dari Pengarah Urusan HPA (Tuan Haji Ismail Ahmad) ialah dengan mengambil herba Shark Cartilage jika kita mengalami keracunan makanan atau buah-buahan. Shark Cartilage juga adalah produk herba antikanser yang menggunakan rawan ikan yu untuk rawatan kanser usus, hati, paru-paru, payudara, prostat, ovari dan tumor di kepala.


Kesan biasa dari pengambilannya ialah pesakit akan mendapati badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Dalam perubatan herba, ini dipanggil DOC (Direction of Cure - kesan awal penyembuhan) dan pesakit perlu teruskan penggunaannya tanpa keraguan.

Wednesday, July 30, 2008

Low Back Pain Problem

The most common cause of back pain is using your back muscles in activities you're not used to, like lifting heavy furniture or twisting a body.

Here are a few tips you can practice to prevent back strain problem :
-Don't lift by bending over. Lift an object by bending your knees and squatting to pick up the object. Keep your back straight and hold the object close to your body. Avoid twisting your body while lifting.
-Push rather than pull when you must move heavy objects.
-If you must sit at your desk for long hours, break up the time with stops to stretch.
-Wear flat shoes or shoes with low heels (1 inch or lower).
-Exercise regularly. An inactive lifestyle contributes to lower back pain.

Saturday, July 26, 2008

Testimoni Pengguna Kordial Pegaga Asiatica


Testimoni ini ditulis oleh blogger Yatie dalam blognya "www.petua-kecantikan.emeldahany.com":

"Saya ingin berkongsi satu tips kesihatan dan kecantikan dengan anda semua hari ini. Uniknya tips hari ini bukan dibuat sendiri tetapi ini khasiat daripada Jus Asiatica dari HPA. Produk ni saya dah ambil 2 botol. Alhamdulillah semenjak mengamalkan jus ni, saya lebih mudah ke tandas. Bila lebih mudah ke tandas, perut mula terasa nyaman dan fit.

Saya memang dari dulu tak pernah mengalami sembelit. Tetapi sejak meminum jus ini, di samping lebih mudah ke tandas, badan juga terasa lebih ringan dan lebih bertenaga. Wajah pun kelihatan lebih berseri. Alhamdulillah, syukur.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli produk keluaran HPA ini, anda kenalah mendapatkannya sendiri kerana saya bukan pengedarnya (masih belum lagi setakat ni). Saya cuma pengguna sahaja. Tapi disebabkan saya ada blog petua kecantikan, so rasanya moleklah jika saya berkongsi perkara tersebut di sini. Dengan harapan ianya dapat memberikan manfaat kepada anda semua para pembaca yang saya sayangi."

Friday, July 25, 2008

Mari Minum Radix Sarsi & Roselle


Antara minuman kegemaran saya yang dikilangkan HPA ialah Radix Sarsi dan Roselle.

Untuk mempelbagaikan produk HPA, syarikat telah pun mengeluarkan Radix Sarsi dan Roselle RTD (Ready To Drink) dalam botol yang bersaiz kecil.
Radix Sarsi boleh didapati dalam botol bersaiz 500ml pada harga pengguna RM2.50
Roselle RTD (Ready To Drink) pula dalam botol bersaiz 300ml pada harga pengguna RM2.00

Roselle atau Hibiscus Sabdariffa mempunyai kandungan vitamin C lebih tinggi dari buah limau. Air minuman roselle baik untuk anti penuaan, demam panas, resdung, asma dan juga stress atau sukar tidur.

Radix Sarsi pula adalah minuman ringan yang mempunyai sinergi khas herba sebagai alternatif kepada penggemar minuman berkarbonat.

Tuesday, July 22, 2008

Bekam, Al Hijamah, Cupping

Bekam dalam istilah Melayu bermaksud "pelepasan darah". Dalam bahasa Arab, ia dipanggil "Al Hijamah" atau "Cupping" dalam bahasa Inggeris.

Bekam termasuk satu dari perawatan cara nabi (Thibbun Nabawi). Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, kerana itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit. Kini bekam telah dimodenkan mengikut kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Sebagai usaha berterusan menggalakkan ahlinya menambah ilmu perubatan jawi, HPA telah menganjurkan Kursus Bekam pada 19 - 20 Julai 2008. Kursus dikendalikan oleh Ustaz Abd Hadi Mohd Isa, yang beroperasi membuka pusat khidmat bekam di Seremban.

Antara topik perbincangan ialah jenis-jenis bekam dan titik - titik bekam Rasulullah. Jenis-jenis bekam termasuk bekam basah atau bekam darah, bekam kering atau bekam angin, bekam luncur dan bekam tarik. Titik-titik bekam Rasulullah pula adalah di atas kepala, pada 2 urat leher, di bawah tengkuk, di kedua-dua belah bahu, di kiri dan kanan pinggang, dan juga pada bahagian atas kedua-dua kaki.

Klip video berikut ini membincangkan serba sedikit tentang cara-cara berbekam yang sepatutnya diamalkan :


Umat Islam akhir zaman ini memang patut diajak kembali mengamalkan sunnah Nabi yang seakan dilupakan ini. Kita sepatutnya mengamalkan bekam kerana ia juga telah jadi amalan masyarakat di China dan Eropah yang mengakui manfaatnya. Bahkan alatan bekam juga banyak dibeli dari negara China.

Di samping badan sihat, pahala juga kita akan dapat, insha Allah!

Tip Melangsingkan Badan


Bagaimana melangsingkan badan dengan mengamalkan produk HPA?

Stoma K adalah salah satu daripadanya. Stoma K amat baik diambil bersama Teh Asiatica Plus. Kami mempunyai testimoni yang menarik di mana ada seorang Hamba Allah ni berjaya mengurangkan berat badannya dalam masa 2 minggu dengan mengamalkan 2 produk ini.

Di samping itu, amalkan juga petua berikut :
1. Makan malam (makan berat seperti nasi) sebelum jam 8 malam (antara 6-8 malam) atau,
2. Makan buah-buahan sahaja pada sebelah malam (nasi makan waktu tengahari saja). Elakkan makan berat selepas jam 8pm.

Pengambilan Stoma K haruslah secara berterusan sehinggalah kesannya mulai menampakkan hasilnya pada tubuh anda. Kopi Radix juga baik diamalkan kerana ia turut mampu memberi kesan langsing untuk jangka masa panjang.

Sebelum itu, jika anda ada sembelit atau susah buang air besar, ambil herba Pelawas bersama. Pelawas dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan. Hanya ibu hamil tidak digalakkan ambil Pelawas.

Thursday, July 17, 2008

Tip Menghadapi 'Rejection' Dalam Perniagaan MLM


Dalam menjalankan perniagaan MLM ini, kita pastinya akan berhadapan dengan prospek atau pelanggan yang menolak ajakan kita atau produk jualan kita.

Bagaimanakah caranya kita menghadapi penolakan atau 'rejection' ini?

Kita perlu bertindak seperti seorang doktor di waktu peperangan.

Sewaktu peperangan, askar yang tercedera terlalu ramai dan doktor perlu selamatkan seramai mungkin pesakit. Oleh sebab itu, doktor akan memeriksa setiap pesakit dan pastikan sama ada boleh diselamatkan atau tidak. Sekirannya boleh diselamatkan lagi maka pesakit itu perlu diselamatkan 100%. Dan sekiranya tidak dapat diselamatkan, maka ...NEXT!
Kalau tak boleh selamatkan, NEXT!

Oleh itu, sekiranya kita menghadapi banyak 'rejection', itu tandanya kita sudah dekat pada prospek yang mahukan produk kita itu. Kalau sepuluh prospek yang anda jumpa tidak mahukan produk anda, mungkin prospek yang ke-12 atau ke-13 mahukan produk anda.

Itulah salah satu tip yang diajarkan oleh Dato' Dr Azman Ching, seorang jutawan MLM.

Tuesday, July 15, 2008

MLM, Yang Halal Dan Yang Haram

Berikut petikan jawapan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil berkenaan soalan penglibatan dalam perniagaan MLM.

Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?

Jawapan;

"Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.

Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus.

Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya."

"Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran / upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi."

Artikel penuh boleh dibaca di:
"http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/mlm-yang-halal-dan-yang-haram.html"

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia


Artikel saya sebelum ini menyentuh mengenai kekuatan minda dan penggunaannya untuk mencapai sesuatu objektif dalam hidup anda (http://gempurhpa.blogspot.com/2008/07/ gunakan-minda-separa-sedar-untuk-capai.html)

Sebagai sambungannya saya muatkan tulisan Rohidzir Rais dari blog www.al-zuhaily.blogspot.com mengenai "Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia" :

"Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya."

Pengajarannya, salah satu teknik menjaga dan merangsang minda ialah dengan berzikir. Sebab itu juga HPA mengeluarkan beberapa produk halal dan baik untuk membantu kecergasan minda kita. Antaranya Omega-3 (dalam bentuk kapsul atau softgel, baik untuk jantung dan otak), Evergreen Centella (gabungan pegaga dan spirulina, baik untuk pertumbuhan otak dan pencucian darah), Roselle, Teh Herba dan juga Madu Asli.

Monday, July 14, 2008

Bisphenol A (BPA) Dalam Botol Susu Polycarbonate

Akhir-akhir ini, timbul pula isu bahan kimia berbahaya dalam botol susu plastik polycarbonate. Bahan kimia yang dimaksudkan itu ialah Bisphenol A atau BPA yang terkandung dalam botol susu plastik polycarbonate.

Berikut dua petikan artikel dari 'thegreenguide.com' dan 'Utusan Malaysia' sebagai rujukan :

"Depending on whom you talk to, BPA (Bisphenol A) is either perfectly safe or a dangerous health risk. The plastics industry says it is harmless, but a growing number of scientists are concluding, from some animal tests, that exposure to BPA in the womb raises the risk of certain cancers, hampers fertility and could contribute to childhood behavioral problems such as hyperactivity."

Saturday, July 12, 2008

Fatwa Hukum MLM Oleh Majlis Ulama Indonesia

Akhir-akhir ini di tengah-tengah masyarakat Indonesia muncul sistem perdagangan baru yang dikenal dengan istilah Multi Level Marketing yang disingkat MLM. Sistem perdagangan ini dipraktekkan oleh berbagai perusahaan, baik yang berskala lokal, nasional, regional maupun internasional. Di antaranya adalah Amway, Uni Beauty Shop International (UBSI) dan DNX Indonesia. Sistem perdagangan semacam ini sangat menggiurkan sebagian anggota masyarakat karena menjanjikan keuntungan besar dalam waktu yang relatif singkat.

Sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) dilakukan dengan cara menjaring calon nasabah yang sekaligus berfungsi sebagai konsumen dan member dari perusahaan yang melakukan praktek MLM. Secara rinci, sistem perdagangan Multi Level Marketing MLM) dilakukan dengan cara sebagai berikut:

a. Mula-mula pihak perusahaan berusaha menjaring konsumen untuk menjadi member dengan cara mengharuskan calon konsumen membeli paket produk perusahaan dengan harga tertentu.

b. Dengan membeli paket produk perusahaan tersebut, pihak pembeli diberi satu formulir keanggotaan (member) dari perusahaan.

c. Sesudah menjadi member, maka tugas berikutnya adalah mencari calon member-member baru dengan cara seperti di atas, yakni membeli produk perusahaan dan mengisi formulir keanggotaan.

d. Para member baru juga bertugas mencari calon member-member baru lagi dengan cara seperti di atas, yakni membeli produk perusahaan dan mengisi formulir keanggotaan.

e. Jika member mampu menjaring member-member baru yang banyak, maka ia akan mendapat bonus dari perusahaan. Semakin banyak member yang dapat dijaring, maka semakin banyak pula bonus yang akan didapatkan, karena perusahaan merasa diuntungkan oleh banyaknya member yang sekaligus menjadi konsumen paket produk perusahaan.

f. Dengan adanya para member baru yang sekaligus menjadi konsumen paket produk perusahaan, maka member yang berada pada level pertama (member awal/ pelopor), kedua dan seterusnya akan selalu mendapatkan bonus secara estafet dari perusahaan karena perusahaan merasa diuntungkan dengan adanya member-member baru yang sekaligus menjadi konsumen paket produk perusahaan.

Di antara perusahaan MLM, ada yang melakukan kegiatan menjaring dana masyarakat untuk menanamkan modal di perusahaan tersebut dengan janji akan memberikan keuntungan sebesar hampir 100 % dalam setiap bulannya. Akan tetapi dalam prakteknya, tidak semua perusahaan mampu memberikan keuntungan seperti yang dijanjikan, bahkan terkadang berusaha menggelapkan dana nasabah yang menjadi member perusahaan. Berkenaan dengan hal ini, Komisi Fatwa MUI DKI Jakarta memfatwakan:

1. Bahwa sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh syari'at Islam dengan syarat¬-syarat sebagai berikut:

a. Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (' an taradhin), dan tidak ada paksaan;

b. Barang yang diperjualbelikan (al-mabi') suci, bermanfaat dan transparan sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar);

c. Barang-barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar.

Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 275:

وَأَحَلَّ اللّهُ البَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا(275) البقرة

Artinya:
Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. AI-Baqarah, 2: 275

Demikian juga firman-Nya dalam surat an-Nisa 29:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيما(29) النساءً

Ayat:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. An-Nisa', 4: 29

Jika sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) dilakukan dengan cara pemaksaan; atau barang yang diperjualbelikan tidak jelas karena dalam bentuk paket yang terbungkus dan sebelum transaksi tidak dapat dilihat oleh pembeli, maka hukumnya haram karena mengandung unsur kesamaran atau penipuan (gharar). Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah SAW dalam hadits shahih yang diriwayatkan Imam Muslim, sebagai berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ وَعَنْ بَيْعِ اْلغَرَرِ ( رواه مسلم)

Artinya:
Rasulullah SAW melarang terjadinya transaksi jual beli yang mengandung gharar"

2. Jika harga barang-barang yang diperjualbelikan dalam sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) jauh lebih tinggi dari harga yang wajar, maka hukumnya haram karena secara tidak langsung pihak perusahaan telah menambahkan harga barang yang dibebankan kepada pihak pembeli sebagai sharing modal dalam akad syirkah mengingat pihak pembeli sekaligus akan menjadi member perusahaan, yang apabila ia ikut memasarkan akan mendapatkan keuntungan secara estafet. Dengan demikian, praktek perdagangan Multi Level Marketing (MLM) tersebut mengandung unsur kesamaran atau penipuan (gharar) karena terjadi kekaburan antara akad jual beli (al-bai'), syirkah, sekaligus mudlarabah karena pihak pembeli sesudah menjadi member juga berfungsi sebagai 'amil (pelaksana/ petugas) yang akan memasarkan produk perusahaan kepada calon pembeli (member) baru.

3. Jika perusahaan Multi Level Marketing (MLM) melakukan kegiatan menjaring dana masyarakat untuk menanamkan modal di perusahaan tersebut dengan janji akan memberikan keuntungan tertentu dalam setiap bulannya, maka kegiatan tersebut adalah haram karena melakukan praktek riba yang jelas-jelas diharamkan oleh Allah SWT. Apalagi dalam kenyataannya tidak semua perusahaan mampu memberikan keuntungan seperti yang dijanjikan, bahkan terkadang menggelapkan dana nasabah yang menjadi member perusahaan. Sebagaimana telah difirmankan Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 279:

وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ(279) البقرة

Artinya:
Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. AI-Baqarah, 2: 279.

Berhubung di antara sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) ada yang diharamkan oleh syari' at Islam, maka hendaklah Umat Islam agar berhati-hati dalam melakukan kegiatan perdagangan dengan system Multi Level Marketing (MLM). Pilihlah sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) yang benar-benar diperbolehkan oleh syari'at Islam karena memenuhi syarat-syarat yang telah disebutkan di atas.

Negara asal : Indonesia
Negeri : Jakarta
Badan yang mengisu fatwa : Majelis Ulama Indonesia DKI Jakarta

Tarikh Diisu : 2000

Multi Level Marketing Dari Sudut Syariah

Pandangan Ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net) berkenaan Multi Level Marketing dari sudut syariah :

... Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

........................................................................................

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas.

Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Syariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Syariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Thursday, July 10, 2008

PBC Melahirkan Usahawan

Dipetik dari blog Pengarah Urusan HPA : jawiherbshop.blogspot.com

"Program PBC merupakan satu program motivasi yang banyak memberikan idea bagaimana berniaga dalam HPA. Ramai usahawan yang telah berjaya dibentuk dan mendapat pendapatan dari program ini. PBC bukan skim subsidi tetapi PBC mengajar untuk berniaga dalam alam realiti. Modal yang sedikit dijanakan melalui perkongsian untuk kejayaan bersama. Saya mencadangkan agensi-agensi kerajaan supaya dapat meniru bentuk perlatihan PBC untuk membentuk usahawan dinegara ini.

"Kita tidak hanya memberikan modal tetapi tidak membincangkan bagaimana untuk memasarkan produk itu di pasaran. Team niaga dalam bentuk rangkaian memainkan peranan penting di samping meeting mingguan yang dijadikan tempat menyelesaikan permasalahan.

"HPA akan menggalakkan pembentukan kelab seperti kelab pemimpin utara, tengah dan selatan atas nama-nama tertentu bagi menjadikan peniagaan ini sebagai satu persaingan yang sihat. Pihak HPA akan mengadakan pertemuan dengan semua kelab yang terbentuk itu untuk menentukan sasaran dan program bersama.

"Jika seorang ahli itu tidak mengikuti PBC dibimbangi semangat juangnya akan menjadi luntur dan akhirnya mereka tidak aktif dalam memasarkan produk HPA.Di masjid pagi tadi saya mendengar ucapan dari anak jemaah "Sepatutnya saya mengikuti PBC lebih awal daripada ini". Begitulah semangat yang dijanakan hasil daripada PBC di Sungai Petani baru-baru ini. Tahniah!

Untuk ahli-ahli baru HPA dan juga ahli-ahli lama yang belum pernah menghadiri Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC), jangan lupa mendaftar pada program yang akan diadakan pada waktu terdekat. Untuk mereka yang berada di sekitar Lembah Klang, berikut adalah senarai Program PBC bulan Julai untuk anda :

12-13 Julai :
1)Hotel Residen Uniten, Bandar Baru Bangi
2)Kem Rubutia, Gombak, Selangor.

19-20 Julai :
1)Kompleks Balai Islam Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Tuesday, July 8, 2008

Program PBC bulan Julai

Program Perkongsian Bijak Cemerlang atau PBC adalah program bulanan untuk ahli-ahli HPA mendapatkan ilmu yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan MLM HPA.

Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Ianya berupa program pembentukan jati diri usahawan dan bina insan. Para peserta akan ditunjukkan langkah untuk mendapatkan pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka dalam jangka masa yang singkat.

Modul-modul lain yang diajar ialah pengenalan syarikat, asas pelan pemasaran, gerak kerja 6M, eagle eye sponsoring, pelan tindakan, demo produk, diagnostik tapak tangan dan lain-lain.

Bagi ahli baru, PBC juga jalan singkat untuk anda naik pangkat yang pertama: pangkat Pengurus Melati (PLX). Pangkat PLX melayakkan anda mendapat bayaran bonus bulanan kekal sebanyak 20% dari Nilai Mata (NM) atau PV anda. Syaratnya ialah dengan menghadiri program PBC dan membuat pembelian sebanyak 300 Nilai Mata (NM) sebaik tamat PBC.

Berikut adalah senarai Program PBC bulan Julai untuk ahli-ahli HPA di sekitar Lembah Klang.

12-13 Julai :
1)Hotel Residen Uniten, Bandar Baru Bangi
2)Kem Rubutia, Gombak, Selangor.

19-20 Julai :
1)Kompleks Balai Islam Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Sila hubungi upline anda untuk proses pendaftaran dan bayaran. Yuran hanya RM 180 sahaja termasuk penginapan hotel, makan dan bahan kursus.

Jom sertai PBC bulan Julai!

Monday, July 7, 2008

Toksin Dalam Badan

Akhbar Mingguan Malaysia (Ahad 6 Julai) menulis tentang pembuangan toksin dalam badan manusia. Sebagai perbandingan, seseorang yang tidak pernah membuang toksin dari tubuhnya sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah bermacam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.

Artikel itu juga menerangkan bahawa toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Pembuangan toksin ini seringkali disebut sebagai detoxification atau detox sahaja.

Pembersihan yang menyeluruh akan melibatkan dua organ iaitu hati dan usus. Produk HPA untuk detoksifikasi atau pembersihan hati adalah herba D'Det, sementara untuk pembersihan usus adalah produk herba D'Karm.

Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, di mana organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin. Toksin yang tidak dikeluarkan akan menyerap semula ke dalam badan.

Tubuh yang tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan. Tanda - tanda lain adalah berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur, banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan bahagian keliling mata gelap (kaedah iridologi).

Bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.

Sebenarnya proses pembuangan toksin adalah lebih mudah sekiranya kita mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan berserat tinggi, diet organik semula jadi dan menjalani kehidupan secara natural.

Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

Gunakan Minda Separa Sedar Untuk Capai Impian


Minda separa sedar adalah minda kreatif dan merupakan tempat di mana terletaknya emosi. Minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semula jadi tanpa kita sedari ataupun merasainya. Walaupun kita sedang tidur, minda separa sedar tetap mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi.

Minda separa sedarlah yang mencetuskan idea-idea baru dan dapat menyembuh serta menghalang penyakit. Menurut kajian yang dijalankan di negara-negara maju, mereka yang berjaya di dalam kehidupan adalah golongan yang mahir menggunakan keupayaan minda bawah sedar (subconscious mind).

Jadi gunakanlah minda separa sedar anda untuk mencapai segala yang anda impikan dalam hidup. Ingin bebas dari hutang, berjaya dalam kerjaya, punya pendapatan berkali-kali ganda dari gaji sekarang, berjaya dalam perniagaan MLM HPA, dapat melancong bersama keluarga ke luar negara setiap tahun ... semuanya anda boleh programkan ke minda separa sedar anda.

Ada banyak buku di pasaran yang menceritakan rahsia kehebatan minda separa sedar atau subconscious mind. Antara yang dibahaskan adalah beberapa teknik menguasai minda seperti teknik percakapan diri atau self talk, teknik meditasi, teknik telepathi dan teknik magnetisme.

Herbalis dan Herbalisme

Herbalis bermaksud orang yang mempunyai kepakaran dan terlatih dalam merawat penyakit dengan menggunakan herba.

Herbalisme pula adalah kefahaman yang menyatakan “Biarkan makanan menjadi ubatmu dan ubat menjadi makananmu”.

Di sini maksudnya kita perlu mengamalkan pengambilan produk herba secara konsisten sama seperti makanan asasi yang lain. Pengambilan herba sebagai makanan dapat menyempurnakan diet sehari-hari. Di samping itu, herba juga menolong mengembalikan keharmonian tubuh akibat dari gangguan oleh faktor makanan, alam sekitar dan tekanan semasa.

Thursday, July 3, 2008

Herba D'Karm Untuk Keracunan Pada Usus


Keracunan pada usus (atas lidah berwarna putih) akan mengganggu sistem pencernaan. Kita dapati banyak penyakit muncul akibat dari kelemahan usus. Mungkin boleh dikatakan bahawa hampir sembilan puluh peratus penyakit bermula dari usus!

Herba D'Karm akan bertindak sebagai colon cleansing atau pembersih colon yang tersumbat. Masalah ini jika tidak diatasi akan menyebabkan gangguan pada sistem pembuangan najis. Psylium yang terdapat dalam D'Karm adalah sejenis bahan dari herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu proses pencernaan dalam usus.

D'Karm akan mengembang dan akan menyingkirkan sisa yang masih melekat pada dinding usus. Perut akan sentiasa selesa dengan kesan pelawasan. Secara tidak langsung ia juga akan menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang. Kadar kolestrol akan menurun ke paras normal sekiranya diamalkan D'Karm selama beberapa bulan. Bintik - bintik putih pada tapak tangan (yang menandakan badan mengandungi angin) juga akan hilang.

Disebabkan kandungan psylium yang boleh menyekat penerimaan iodin, D'Karm tidak patut diberi pada orang yang mengalami tiroid.

Herba D'Deu Untuk Masalah Keracunan Buah Pinggang


Untuk merawat masalah keracunan pada buah pinggang (kidney), ubatnya ialah herba D'Deu.
Salah satu tanda keracunan pada buah pinggang ialah pada bahagian atas lidah yang berwarna hitam.

Herba D'Deu boleh diambil sekali dengan Teh Herba HPA untuk mengubati masalah buah pinggang. Teh Herba HPA mengandungi herba pegaga yang baik untuk meningkatkan imunisasi seseorang bagi mencegah penyakit, melancarkan buang air besar, mengatasi penyakit kencing manis dan juga baik untuk minda kerana ia menguatkan sel otak.

Salah satu bahan dalam komposisi D'Deu ialah roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdarifa. Apabila mengamalkan D'Deu dalam tempoh masa sepuluh minit, seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Ini bererti Vitamin C dalam roselle akan diserap keseluruhannya apabila mengambil D'Deu. Selepas beberapa hari mengambil D'Deu, pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.

Wednesday, July 2, 2008

Ayam Organik HPA


Yang ditunggu sudah tiba!

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.
Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,” katanya.

"Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual.

Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”, katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Gambar Restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Legenda Height, Sungai Petani, Kedah

Dipetik dari web: http://hpa.com.my/hpanews/

Herba D'Det Untuk Keracunan Hati

Sebagaimana yang diajarkan kepada para perawat HPA, jika didapati di bahagian atas lidah berwarna kuning, itu tandanya orang itu menghadapi keracunan pada hati (liver). Tubuh yang diselimuti racun akan mempengaruhi sistem imuniti. Sistem imuniti yang lemah akan memudahkan penyakit menyerang tubuh. Apa yang perlu kita lakukan untuk melawan penyakit ialah mengaktifkan sistem imuniti.

Herba untuk merawat keracunan pada hati (liver) adalah D'Det. Herba D'Det adalah sejenis herba yang berfungsi untuk detoksifikasi (detoxification). Jika di pasaran kebanyakan syarikat ubatan herba menawarkan produk detoksifikasi dengan satu atau dua jenis herba, HPA menggunakan 28 jenis herba untuk D'Det.

Kerana kandungan herbanya yang tinggi, bagi mereka yang baru pertama kali mencuba produk herba adalah dinasihatkan mengambil hanya sebiji kapsul sahaja pada waktu pagi dan malam. Ataupun cara yang terbaik ialah dengan membuka kapsul D'Det dan menuang serbuknya ke dalam air panas dan diminum bersama madu. Setelah mengambil D'Det beberapa hari, inshaAllah tenaga kita akan bertambah.

Selamat mencuba.