Thursday, June 26, 2008

Terapi Pengerat Kasih Sayang

Di sini diperturunkan beberapa kaedah kepada para isteri semoga menjadi isteri yang solehah berdasarkan kaedah terapi Pengubatan Jawi . Terapi ini paling berkesan dilakukan kepada suami anda apabila ia pulang dengan keletihan.

1. Aroma terapi - sediakan satu alat pemanas bagi menyemarakan rumah anda dengan aroma yang sesuai. Biasanya aroma untuk penenang yang terbaik ialah minyak Kenanga.

2. Air bermadu - Sediakan segelas air mineral HPA yang dicampurkan dengan madu lebah asli atau pun kopi radix bercampur madu. Jangan letak di atas meja tetapi hulurlah
dari tangan anda yang ikhlas.

2. Rendaman kaki - Sesekali anda sediakan pula air panas yang dicampur dengan garam dan pokok hempedu bumi untuk rendaman kaki suami. Ini akan melegakan keletihan kakinya berjalan mencari rezeki untuk anda sekeluarga.

3. Urutan refleksologi - Refleksologi sangat baik dan saya yakin tidak sampai 5 minit anda membuat terapi untuk suami, dia akan tertidur. Kalau untuk tujuan membolehkan suami tidur jangan gunakan minyak But-But tetapi gunakan minyak VCO atau minyak zaitun kerana minyak But-But akan menyebabkan dia terus segar.
Sewaktu pasangan anda sedang tidur, berdoalah agar dia diberikan kesihatan dan bertambah kuat imannya dari hari ke hari. (ikuti kursus refleksologi KPJ-Kuliah Perubatan Jawi).

4. Kiro - Kalau diperlukan anda boleh melakukan kiro (rawatan kiropraktik) pada suami anda. Jika terdapat bunyi yang banyak, fahamilah bahawa dia sedang dilanda dengan banyak masalah. Jadi jangan ditambah dengan masalah lagi.

Ini antara 4 tip perawatan Jawi untuk menjadi isteri yang sentiasa diredhai suami seperti yang diajarkan oleh pengasas HPA (Tuan Haji Ismail Ahmad) dalam blog "jawiherbshop". InsyaAllah.

No comments: