Sunday, June 27, 2010

Tanda-Tanda Keracunan Pada Lidah Manusia

Subhanallah! Maha suci Allah yang menjadikan tubuh badan manusia dengan berbagai-bagai fungsi sama ada yang kita tahu atau yang tidak diketahui. Kalau dikaji dengan lebih mendalam dari sudut perubatan, kita akan dapati anggota tubuh badan kita sebenarnya sering menghantar tanda, mesej atau petunjuk berkaitan tahap kesihatan organ dalaman kita.

Sebagai contoh, lidah akan berubah kepada warna-warna tertentu jika organ dalaman kita menghadapi masalah kesihatan.

Sebagaimana yang diajarkan kepada para perawat HPA, kita boleh perhatikan bahagian atas lidah dan mengesan penyakit tertentu berdasarkan warnanya :
1)Atas lidah berwarna kuning - Bahagian atas lidah yang berwarna kuning menandakan keracunan pada hati (liver)

2)Atas lidah berwarna hitam - Bahagian atas lidah yang berwarna hitam menandakan keracunan pada buah pinggang.

3)Atas lidah berwarna putih - Bahagian atas lidah yang berwarna putih menandakan keracunan berada di dalam usus.

4)Lidah terbelah di tengah - Kadang-kadang kita akan mendapati seseorang itu mempunyai lidah yang terbelah di tengahnya. Itu adalah petanda dia menghadapi masalah berkaitan pencernaan (gastrik, ulser).

No comments: