Thursday, June 12, 2008

Eagle Eye Sponsoring



Satu teknik yang mungkin akan diperkatakan di dalam Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) ialah menaja cara helang atau Eagle Eye Sponsoring. Teknik ini mengajar usahawan MLM amnya dan HPA khasnya untuk mengkaji sifat dan cara helang secara mendalam.

Helang seekor binatang yang agresif bermata tajam yang dapat menembusi ke dalam laut. Dengan kelebihannya itu ia dapat menangkap ikan dengan cepat. Anda boleh praktikkan kelebihan helang itu dengan bertindak lebih agresif, cuba rebut peluang sepuluh kali lebih pantas dari orang lain.

Helang juga seekor binatang yang cepat bertindak dan membuat keputusan. Kita tak boleh asyik tunggu dan kaji saja. Helang dapat terbang di awan yang tinggi, melebihi burung-burung lain. Tirulah helang. Anda juga boleh berada di puncak kejayaan sama seperti helang di kemuncak awan.

Kuku helang yang tajam ibarat cengkaman anda pada sesuatu tugas dan tanggungjawab. Cengkam downline dan pelanggan. Tajamkan penglihatan, pendengaran dan bertindak dengan pantas. Inilah konsep ala helang.

No comments: