Thursday, June 12, 2008

Duduk Terlalu Lama Boleh Akibatkan Lumpuh

Jika anda bekerja hanya di ruang pejabat dan menghabiskan banyak waktu duduk di hadapan komputer, anda mungkin salah seorang yang berisiko menghadapi masalah low back pain (LBP) atau sakit bawah pinggang.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan LBP. Salah satunya adalah berpunca daripada duduk terlalu lama. Jika anda terasa sakit di bawah pinggang sewaktu duduk, anda perlu berehat sebentar. Ambil masa dengan berjalan-jalan setiap 20 hingga 30 minit.

Ketika duduk anda perlu pastikan kedudukan punggung adalah lurus, bahu tegak dan menyentuh ke belakang kerusi. Bahagian lutut juga hendaklah sama ataupun sedikit lebih tinggi dari pangkal paha. Pastikan juga anda duduk di kerusi yang bersesuaian (ergonomik)

No comments: