Saturday, June 21, 2008

Coscinium Plus sebagai sntibiotik

Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail dalam blognya (jawimedherb) menyarankan penggunaan Coscinium Plus dalam dunia rawatan herba sebagai antibiotik.

Coscinumm Blumeanum adalah nama saintifik kepada pokok mengkunyit dan digunakan sebagai antibiotik terutama untuk masalah resdung / sinusitis. Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.

Bagi kes patah tulang herba ini sekali lagi digunakan agar tidak berlaku jangkitan ditempat luka yang boleh menyebabkan nanah.

Coscinium mengandungi flavanoid yang bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.

No comments: