Monday, May 12, 2008

Visi, Misi dan Objektif HPA

HPA telah diiktiraf dengan persijilan HALAL oleh JAKIM, GMP (Good Manufacturing Practices - Amalan Pengilangan Baik) oleh Kementerian Kesihatan dan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International.

Berikut disenaraikan Visi, Misi dan Objektif penubuhan HPA.

VISI

  • HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
  • HPA komited menjadi pengeluar dan pengedar produk halal melalui jaringan MLM syariah di negara ini
  • HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa

MISI

  • HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
  • HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.
  • HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat

OBJEKTIF

  • Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
  • Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan
  • Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan



No comments: