Monday, May 12, 2008

Sambutan Hari Asma (11 Mei 2008)

6 Mei lalu merupakan sambutan Hari Asma Sedunia 2008 yang disambut pada hari Isnin pertama bulan Mei setiap tahun. Bagaimanapun, sambutan Hari Asma Sedunia peringkat kebangsaan di negara ini berlangsung hari ini (11 Mei 2008) bagi membolehkan lebih ramai penyertaan umum.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 300 juta penghidap asma di seluruh dunia dengan 255,000 pesakit direkodkan meninggal dunia pada 2005, di mana 80 peratus daripadanya di negara berpendapatan rendah atau sederhana.

Mingguan Malaysia (11 Mei 2008) melaporkan lebih 400 juta akan mengidap asma menjelang 2025. Tema Hari Asma tahun ini ialah : “Anda boleh mengawal asma anda” (You can control your asthma).

Saya pernah mendengar pengakuan seorang usahawan HPA yang bertahun menghidap asma kini sembuh sepenuhnya dengan mengamalkan herba HPA. Beliau sering mengamalkan minyak herba untuk masalah tersebut. Cadangan produk herba HPA terbaik untuk masalah asma ialah:

1. Morin-A: makan 2 biji pagi dan 2 biji malam
2. Madu Asli: minum campur air setiap pagi
3. Teh Herba: minum setiap malam campur dengan madu asli
4. Kopi Radix: minum 2 kali sehari
5. Minyak Herba: masukkan sedikit dalam air suam dan diminum setiap malam

Makan herba secara istiqamah (konsisten) dan banyakkan minum air kosong setiap hari. Jangan lupa solat hajat dan berdoa kepada Allah. Dia lah yang menurunkan penyakit dan Dia lah yang Maha Berkuasa menyembuhkannya. Jarakkan masa selama 3 jam antara pengambilan herba dan ubat hospital. Untuk anak kecil, amalkan madu campur air dan sapu minyak herba di dadanya.

No comments: