Monday, May 12, 2008

Pengenalan Syarikat HPA


Mungkin ramai di kalangan kita pernah mendengar mengenai syarikat HPA; dan ramai juga yang mungkin tak pernah mengetahuinya.

HPA adalah singkatan untuk Herba Penawar AlWahida. Kenapa pulak AlWahida? Sebenarnya Wahida adalah nama anak sulung pengasas HPA industries Sdn Bhd, Tuan Haji Ismail bin Ahmad. Beliau telah menubuhkan HPA Industries Sdn. Bhd. pada 15 hb Julai 1995. Kini usia syarikat ini telah melebihi 10 tahun; satu jarak masa yang boleh menjadi kayu ukur kestabilan dan kekuatan syarikat.

HPA beroperasi di Perlis dan mempunyai pekerja melebihi 200 orang. Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberinya laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara.

No comments: