Thursday, May 22, 2008

HPA buka Restoran Radix Fried Chicken (RFC)

Syarikat pengeluar produk-produk kesihatan dan berasaskan herba Malaysia, HPA telah mengorak langkah membuka restoran sendiri yang diberi nama Radix Fried Chicken (RFC).


Restoran Radix Fried Chicken (RFC) seperti yang tertera di dalam gambar terletak di Sungai Petani, Kedah. Tentunya akan ada beberapa buah restoran lagi akan dibuka di masa-masa akan datang.

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Sungai Petani akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan bin Abdul Razak, pada 1 Jun 2008 (10.00 pagi).

Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal di pasaran. Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kepada penyediaan makanan

No comments: