Saturday, April 19, 2008

Makanan Kesihatan Berasaskan Herba

Salam Ukhuwah,

Makanan kesihatan berasaskan herba memang sedia terkenal sama ada di Malaysia atau di serata dunia. Sejarah tamadun bangsa-bangsa lalu juga merakamkan penggunaan berbagai jenis herba dalam perubatan dan masakan.

Malangnya trend pemakanan zaman moden yang lebih condong pada makanan segera dan sejukbeku telah mengikis sedikit demi sedikit penggunaan herba. Di sinilah kita patut memainkan peranan memberi kesedaran akan pentingnya mengekalkan pemakanan berasaskan sumber alam yang asli.

Dalam dunia perubatan herba, kita sering diingatkan : "Jadikanlah makanan sebagai ubatmu dan ubat sebagai makananmu."

No comments: