Wednesday, April 30, 2008

Herba yang mendapat sambutan (eurycoma longifolia)

Antara produk kesihatan berasaskan herba Malaysia yang sering terdapat di pasaran dan mendapat sambutan adalah tongkat ali. Nama saintifiknya ialah eurycoma longifolia. Salah satu fungsinya yang sering diperkatan iaitu untuk melancarkan peredaran darah dalam badan dipercayai antara sebab produk yang menggunakan tongkat ali sering laris di pasaran.

Secara kebetulan antara produk HPA yang amat laris iaitu Kopi Radix juga menggunakan tongkat ali dalam sinerginya.Yang membezakan Kopi Radix dengan produk dari syarikat pesaing ialah ekstrak tongkat ali iaitu HPA menggunakan radix atau akar tongkat ali dan bukannya dari bahagian yang lain.

Kopi radix juga adalah campuran 7 jenis herba iaitu tebu gajah, mengkudu hutan, teja lawang, mata pelanduk,  tongkat ali, halban hitam dan larak hutan.

Antara kebaikan kopi radix yang mengandungi tongkat ali ialah:
-membangkitkan semangat serta meredakan keletihan
-membuang racun dalam tubuh
-menurunkan darah tinggi
-menurunkan panas dalam badan
-mengelakkan demam kuning
-mengelakkan sakit tulang
-menghilangkan ketagihan merokok.

Sunday, April 20, 2008

Salam Pengenalan HPA

Hari ini saya ingin memperkenalkan pada saudara saudari pembaca sekalian pada sebuah syarikat yang memperjuangkan makanan kesihatan berasaskan herba. Ia juga menawarkan pelbagai penyelesaian untuk mereka yang sering tercari-cari syarikat tempatan yang menghasilkan produk perubatan herba.

Syarikat tersebut adalah Herba Penawar AlWahida atau HPA.



Mungkin ramai menyangkakan syarikat ini hanya baru bertapak dalam bidang perniagaan herba.

Tahukah anda HPA sebenarnya telah tertubuh lebih sepuluh tahun dulu?
HPA adalah antara pelopor dalam dunia perubatan alternatif berasaskan herba.

Dan lebih penting lagi, kesemua produk HPA diakui halal oleh JAKIM. Sebuah syarikat yang pada asalnya diusahakan secara kecil-kecilan. kini HPA antara nama besar dalam industri herba malaysia.

Saturday, April 19, 2008

Makanan Kesihatan Berasaskan Herba

Salam Ukhuwah,

Makanan kesihatan berasaskan herba memang sedia terkenal sama ada di Malaysia atau di serata dunia. Sejarah tamadun bangsa-bangsa lalu juga merakamkan penggunaan berbagai jenis herba dalam perubatan dan masakan.

Malangnya trend pemakanan zaman moden yang lebih condong pada makanan segera dan sejukbeku telah mengikis sedikit demi sedikit penggunaan herba. Di sinilah kita patut memainkan peranan memberi kesedaran akan pentingnya mengekalkan pemakanan berasaskan sumber alam yang asli.

Dalam dunia perubatan herba, kita sering diingatkan : "Jadikanlah makanan sebagai ubatmu dan ubat sebagai makananmu."

Friday, April 18, 2008

Selamat datang ke dunia perubatan herba

Terlebih dahulu saya mulakan dengan sedikit definisi. Apa itu perubatan atau perawatan herba?
Perubatan (*) : perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati.
Perawatan(*) : perihal merawat, pemeliharaan, penyelenggaraan, pembelaan, penjagaan.
Herba(*) : Sejenis tumbuhan kecil yang batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat dan pewangi.

(*) : rujukan definisi dari Kamus Dewan Edisi Ketiga.