Wednesday, March 21, 2012

Rahsia Sihat Pak Ungku

Ungku Aziz telah menjangkau usia 90 tahun tetapi masih tetap sihat fizikal dan mental. Apakah rahsia Pak Ungku mengekalkan tahap kesihatannya sehingga hari ini?

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia keluaran 19 Februari 2012, Pak Ungku memberitahu, "rahsia saya yang sebenar adalah makan bawang besar secara mentah-mentah. Tukang masak saya akan pastikan benda ini setiap hari. Selain itu saya juga menggemari sayur ulam seperti ulam raja, salad dan juga petai."

Hm..makan bawang besar secara mentah-mentah. Itu antara rahsianya.

Ada kajian mengatakan memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.

Selain itu bawang putih (garlic) juga mempunyai beberapa khasiat yang hampir serupa, antaranya:
-Merawat selesema, asma dan batuk.
-Menambah dan mengawal selera makan.
-Sebagai antibiotik / antivirus yang berkesan.
-Mengecutkan ketumbuhan.
-Menurunkan kolesterol.

Tuesday, January 24, 2012

Facebook ‘lubuk’ pelaburan haram

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Walaupun pelbagai kisah telah dibongkar di sebalik penipuan pelaburan di Internet beberapa tahun lalu, namun masih ramai pengguna yang tidak serik untuk terus melabur.
Bezanya, jika dahulu skim seperti SwissCash, Buy-e-barrel, Al-Arabic Fund dan ABB Fund merupakan pelaburan yang cukup popular dalam kalangan pengguna Internet, kini ia menular ke laman web sosial seperti Facebook.
Modus operandinya tetap serupa - mencari mangsa yang ingin menjadi kaya dengan cara cepat dan mudah.
Pada masa sama, mereka bijak menukar medium kononnya wang pelaburan tersebut adalah untuk digunakan dalam perniagaan kayu gaharu, emas, minyak dan sebagainya...

Berita penuh di Utusan Online.

Sunday, December 18, 2011

Kemunting, misai kucing rawat barah

Herba misai kucing untuk merawat barah.
Sumber artikel dari Berita Minggu Ahad , 18 Disember 2011.

KUALA LUMPUR: Penghidap kanser kini tidak perlu lagi bimbang dengan kos rawatan penyakit yang tinggi selepas kajian mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan.
Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 mendapati ekstrak dua tumbuhan berkenaan mampu menghalang sel kanser daripada terus merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit berkenaan.
Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan. - Mahamad Noor Jaafar, Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Prof Madya Mahamad Noor Jaafar, kajian lanjut mengenainya termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit kanser sedang giat dijalankan.

“Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing dan kamunting Cina membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan.

“Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kita juga akan mendapatkan kelulusan piawaian daripada badan berkaitan,” katanya kepada Berita Minggu.

Mahamad Noor berkata, pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya.
“Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali sememangnya dikenali mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kamunting Cina tidak begitu popular di negara ini.

“Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan,” katanya.

Monday, September 19, 2011

HPA Di TV1

Siaran ini telah ditayangkan dalam slot Syahadah di TV1 pada 25 Ogos 2011 jam 6.30 petang dan diulang siaran pada 26 Ogos 2011 jam 4.30 pagi.


Thursday, September 15, 2011

Pop Kuiz Sejarah

Soalan pop kuiz sejarah:

Tanah Melayu adalah tanah jajahan
a) semenjak 1511 hingga 1957.
b) dari dulu, kini dan selamanya.
c) tidak pernah terjajah langsung, hanya berstatus dinaungi atau dilindungi oleh British.
d) selama 2 tahun sahaja semasa zaman Malayan Union (lihat penjelasan Profesor di bawah).